Langkau ke kandungan utama

Wanita perlu waspada lelaki, suami dan...



SI suami bukanlah lelaki yang jahat, malah dari segi zahirnya dia cukup bertanggungjawab.

Selain menyediakan keperluan rumah tangga mencukupi, dia juga berkerjaya dan bercita-cita

tinggi.

Sememangnya dari segi zahir rumah tangga yang dibina nampak utuh dan sepatutnya bahagia.

Namun, di sebalik harta dan pandangan zahir orang ramai, terdapat kekurangan ketara;

kemesraan jelas dipaparkan di hadapan orang ramai tidak pula diterjemahkan dalam ikatan

kamar rahsia antara si suami dan si isteri.

Kusut jadinya si isteri akan perkara ini, sukar untuk dia berkongsi kekurangan ini dengan

orang lain kerana dari segi luarannya tidak nampak cacat cela. Kalau si isteri mengomel

atau mengadu luahan hatinya nampak pula seperti dia tidak reti bersyukur kerana mendapat

suami baik, takkanlah perkara remeh seperti kurang mesra dan manja pun hendak

diperbesarkan.

Puas si isteri membelek telefon si suami, mengikuti gerak langkahnya, mengesyaki ada

wanita menjadi kekasih gelapnya, pasti dia mendapat kasih di luar kerana kemesraan cinta

itu hambar di dalam mahligai perkahwinan yang dibina bersama. Namun, usaha si isteri sia-

sia, carilah sampai ke lubang cacing sekali pun tidak wujud sama sekali wanita ketiga itu.

Kekusutan tidak terjawab, permasalahan tidak terjumpa puncanya hinggalah pada suatu hari

segalanya terungkai kerana orang ketiga itu bukanlah bunga liar yang dipetik di luar taman

kasih, tetapi rupa-rupanya kumbang rambang yang datang menghinggap.

Ini bukan petikan novel fiksyen yang bakal diterbitkan sebagai siri drama mingguan, walau

kelakar bunyinya, sebenarnya perkara ini banyak berlaku pada zaman ini yang mana isteri

mendapati suami berlaku curang bukan dengan perempuan lain, tetapi mempunyai selera yang

berbeza.

Pergaulan sosial main peranan

Isu ini sebenarnya agak rumit memandangkan dalam masyarakat kita ia tabu atau pantang

untuk suami atau isteri memperkatakan dan meminta nasihat tentang perkara berkaitan hal

kelamin. Walaupun kita segan dan malu mengakuinya, sebenarnya ikatan batin dan hubungan

kelamin itu sangat penting dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga itu. Sekiranya wujud

cacat cela dalam perkara ini pasti ia akan beri kesan yang ketara kepada keutuhan rumah

tangga.

Maka timbul pula persoalan kalau benar si lelaki itu tidak meminati golongan hawa, mengapa

pula mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga? Adakah kerana lelaki ini lelaki dua alam

yang mana bunga pun boleh kumbang pun 'jalan'? Sesungguhnya sebab dan niat itu akhirnya

terletak pada si empunya badan sendiri tetapi kita boleh buat beberapa andaian mengapa

berlakunya trend lelaki berselera luar tabii ini mahu mendirikan rumah tangga bersama

wanita.

Sebagai contoh, untuk menjadi calon presiden Amerika Syarikat, selain mempunyai imej

berkarisma dan pembawaan politik popular, peranan isteri dalam pembawaan imej wanita

pertama itu juga sangat penting.

Kita dapat lihat bagaimana Michelle Obama memainkan peranan cukup berkesan membawa mesej

suaminya ketika kempen pilihan raya. Begitu juga dengan Carla Bruni kepada Presiden

Perancis, Nicholas Sarkozy suatu ketika dahulu. Perkara ini juga sama di negara kita yang

mana selain usaha, bakat dan kebolehan, pergaulan sosial juga mainkan peranan penting

dalam mendaki tangga kerjaya dan status sosial.

Mereka yang berkeluarga dan mempunyai pasangan dilihat serasi akan membantu bawa imej

kestabilan, kebolehpercayaan dan kepemimpinan yang jelas kepada si lelaki seterusnya

membantunya mendaki tangga kerjaya.

Maka ini mungkin menjadi satu sebab utama mengapa lelaki golongan ini berumah tangga.

Zuriat juga dilihat mempengaruhi keputusan mereka berkahwin, sesungguhnya walau seleranya

berlainan, jati diri lelaki itu masih ada dalam diri iaitu kemahuan untuk mempunyai darah

daging dan keturunannya sendiri.

Kemahuan ini bukan sekadar datang dari ibunya yang berleter mahukan cucu tetapi juga

datang daripada naluri semula jadi seseorang lelaki yang mahukan zuriat sendiri. Sebab itu

ada beberapa kes yang kita lihat perceraian berlaku selepas pasangan sudah mempunyai anak.

Namun, perlu saya ingatkan sekali lagi bahawa kesimpulan ini tidak dibuat berdasarkan

kajian saintifik, sekadar pemerhatian dan pandangan peribadi saya hasil pertemuan dengan

mereka yang pernah alami perkara ini.

Saya bukan hendak menyemai perasaan kebencian atau mengajak sesiapa mencerca mana-mana

golongan, walaupun dari segi Islam perkara ini amat ditegah.

Tetapi, tujuan saya mengetengahkan isu ini ialah kerana akhirnya mangsa tindakan dan

tingkah laku lelaki seperti ini adalah wanita. Wanita ditipu, dipergunakan dan diperdaya

dengan janji manis untuk membina mahligai perkahwinan yang bahagia tetapi sebenarnya hanya

digunakan sebagai alat membentuk imej di kalangan masyarakat atau kilang untuk melahirkan

zuriat.

Institusi keluarga rosak bila wanita sekadar hiasan

Tak kisahlah lelaki itu sejati atau bernafsu luar tabii, tindakan mereka tidak ada bezanya

dengan lelaki buaya durjana yang merosakkan kaum wanita. Apa yang dibuat dalam kamar

peribadi akhirnya adalah antara si individu berkenaan dan tuhan, tindakan dan dosa itu

ditanggung empunya badan sendiri dan saya tidak mahu mudah jatuhkan hukuman.

Tetapi, janganlah kerana tingkah laku peribadi yang sumbang satu-satu lelaki itu

dibabitkan pula wanita yang tidak bersalah. Gejala ini merosakkan institusi kekeluargaan

apabila wanita dianggap dan digunakan sekadar hiasan luaran sahaja.

Belum lagi kita menyentuh perkara rumit membabitkan anak-anak dan perceraian. Sesungguhnya

jodoh itu ada yang kekal dan ada yang tidak. Kita fahami dan akui akan perkara ini.

Kedua-dua pasangan saya yakin mempunyai hasrat membina keluarga bahagian namun janganlah

dari awal-awal lagi ditanam niat yang salah dalam mendirikan rumah tangga.

Biarlah ia dibina atas rasa cinta dan kasih sayang dan bukan untuk mempergunakan wanita

itu sebagai alat perhiasan untuk melindungi kelemahan seseorang lelaki. Sesungguhnya cinta

itu ada pertaruhannya sendiri namun wajar untuk wanita berhati-hati agar tidak tersilap

langkah dan terjebak dengan lelaki bergelar suami tetapi sebenarnya....

Penulis adalah Bekas Personaliti TV
SUMBER: berita harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...