Langkau ke kandungan utama

Bukan muzium tapi Dewan Kemasyhuran - Khalid



KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengakui kecewa dengan kenyataan Menteri

Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyarankan supaya bekas pemain

kebangsaan supaya berehat di 'muzium.'

Kata bekas pemain tengah skuad Olimpik 1980 itu, dia dan rakan sepasukan sudah berjuang

habis-habisan untuk membawa nama Malaysia dan pengorbanan mereka terbalas apabila berjaya

melayakkan diri ke saingan berprestij itu.

"Layak ke Olimpik satu pencapaian yang paling besar dalam sejarah bola sepak negara. Jadi,

tidak sepatutnya bercakap kami perlu duduk di muzium sedangkan kami pernah berhempas pulas

bermain untuk skuad negara.

"Apapun, saya menganggap kenyataan Khairy itu hanyalah sebagai gurauan. Daripada letak

kami di muzium, lebih baik letakkan kami di Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) kerana bagi

saya, itu lebih menghormati kami," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khalid yang juga bekas pemain Selangor bagaimanapun mengakui gandingan Presiden Persatuan

Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan dibantu Khairy mampu

memberi suntikan baharu untuk menaikkan semula imej bola sepak di negara ini.

"Saya yakin kepemimpinan baharu FAM yang diterajui Tunku Ismail dapat mengubah senario

bola sepak Malaysia. Pelbagai kejayaan seperti skuad bawah 23 tahun negara (B-23) dan

skuad bawah 19 tahun (B-19) sudah dapat disaksikan dan sudah pasti ini membawa satu

petanda positif," katanya.

Semalam, Khairy menggesa semua pihak terutama bekas pemain kebangsaan supaya berhenti

menyalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pengurusan FAM berhubung prestasi buruk skuad

Harimau Malaya dan kemerosotan ranking dunia.

"Saya berharap suara-suara bekas pemain kebangsaan berhenti daripada terus lantang

mengkritik Tunku Ismail dan FAM biarpun kita hargai pandangan mereka sebagai orang lama.

"Pada saya, mereka sepatutnya berehat di 'muzium', berilah generasi baharu mengendalikan

bola sepak negara," kata Khairy.

Kenyataan Khairy itu susulan kritikan bekas pertahanan skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk

Jamal Nasir Ismail yang mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad

kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke skuad Harimau Selatan itu.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...