Langkau ke kandungan utama

GST selamatkan negara daripada kemelesetan



KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja berjaya mengelakkan

Malaysia mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2014, tetapi

menjadikan ekonomi negara terus berkembang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ramai pihak termasuk pembangkang yang

menjadikan GST sebagai salah satu sumber serangan utama terhadap kerajaan mendakwa ia

adalah cukai baharu dan dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan

kepada kerajaan.

Sebenarnya, beliau berkata, GST adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang

tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna atau

perniagaan.

"Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan, adalah lebih mudah jika

kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia

ada.

"Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai

korporat daripada 27 peratus hingga 24 peratus. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah

turun, daripada 28 peratus pada tahun 2008 kepada 24 peratus sekarang untuk kebanyakan

rakyat Malaysia.

"(Malah) Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang

pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai

pendapatan.

"Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai,"

katanya dalam entri bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Lebih Kuat dan Berdaya Saing' menerusi

blog najibrazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan

baharu tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk

menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram serta

mengurangkan tindakan mengelak cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

Beliau berkata, banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut jejak Malaysia sejak

pelaksanaan GST pada tahun 2015 manakala semua Negara Kerjasama Teluk - Bahrain, Kuwait,

Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu - akan melaksanakan GST mereka pada 1

Januari tahun depan.

"Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya enam peratus,

jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh

seperti kita.

"Kebanyakan negara - lebih daripada 160 di seluruh dunia - telah melaksanakan GST kerana

mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya

saing.

"Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan

GST, tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh

GST pada tahun lalu," katanya.

Pada masa sama Najib berkata, kerajaan sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan

paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah dan inilah sebabnya kerajaan

mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.28 juta isi rumah

pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

"Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana

kerajaan, tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada penerima.

"Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai

menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-

juta rakyat Malaysia.

"Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan ini termasuk melaksanakan banyak

keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

"Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai

barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu,

telah melonjak menjadi kadar yang tidak mapan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api

sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6 peratus daripada jumlah belanjawan negara.

"Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada dan bukan mereka yang betul-

betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana

kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih

bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan pendapatannya daripada

minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41 peratus kepada pendapatan kerajaan pada tahun

2009.

"Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh

diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui ketika banyak negara dan

industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

"Kita berjaya dalam hal ini dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6 peratus

daripada hasil kerajaan pada tahun ini. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal

yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

"Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun

1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.

Bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan kerajaan untuk memastikan

daya tahan asas ekonomi kita," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...