Langkau ke kandungan utama

Cadangan cuti bersalin 90 hari, resahkan majikan

 
PENGARAH Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) resah dengan cadangan kerajaan

mahu sektor swasta menambah cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari seperti dilaksanakan

perkhidmatan awam.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan, berkata keresahan itu berasas kerana

penambahan cuti sebanyak 30 hari itu, akan meningkatkan kos syarikat kepada hampir 50

peratus, adalah satu peningkatan mendadak.

Katanya, kebanyakan majikan berpendapat, jika mahu meningkatkan bilangan cuti, kerajaan

perlu membantu membayar gaji pekerja bagi tempoh tambahan 30 hari itu seperti mana

diamalkan di Singapura ketika ini.

"Singapura juga sebelum ini memberi cuti selama 60 hari kepada pekerja swasta, tetapi kini

kerajaan mereka sudah tingkatkan sehingga 82 hari, tetapi gaji tambahan selama 22 hari itu

dibayar oleh kerajaan, bukannya majikan.

"Kita boleh berbincang bersama dengan kerajaan bagaimana boleh menyesuaikan kehendak baru

ini dengan kehendak di sektor swasta, hasrat ini perlu diperhalusi.

"Secara keseluruhannya, saya berpendapat pihak swasta tidak akan berasa selesa dengan

cadangan ini dan akan menentang sekiranya mahu ia diwajibkan secara undang-undang,"

katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, amalan ketika ini sudah dianggap baik, malah lebih

baik daripada apa dinikmati oleh perkhidmatan awam.

"Di swasta, tiada had cuti bergaji penuh untuk pekerja seperti dalam perkhidmatan awam

yang ketika ini ditetapkan sehingga 300 hari sahaja.

"Di swasta, cuti bergaji penuh adalah sah untuk pekerja wanita melahirkan sehingga lima

orang anak yang hidup. Jika, katakan pada kelahiran kelimanya, anaknya meninggal, dia

masih dibayar gaji penuh selama dua bulan dan begitu juga pada kelahirannya yang kali

keenam.

"Jadi secara umumnya, pekerja itu menikmati cuti bergaji penuh selama 360 hari berbanding

perkhidmatan awam ketika ini hanya 300 hari," katanya.

Mengenai pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak dua mata peratusan bagi golongan M40,

Shamsuddin berpendapat, pengurangan itu juga seharusnya diberikan kepada semua pembayar

cukai termasuk golongan T20.

Ini kerana katanya, golongan T20 perlu membayar cukai setinggi 31 peratus yang merangkumi

25 peratus cukai pendapatan peribadi dan enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Sebelum GST diperkenalkan, kerajaan pernah berkata keseluruhan cukai peribadi yang

dibayar tidak akan lebih daripada 26 peratus, iaitu kadar sebelum GST dilaksanakan.

"Namun, sehingga kini, penurunan yang golongan T20 nikmati hanyalah satu mata. Saya

berpendapat ia sepatutnya diturunkan sebanyak enam mata," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag