Langkau ke kandungan utama

Pujuk bersekolah kembali


 Syawal Mukhriz mencedok nasi untuk neneknya di rumah mereka

Alor Setar: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul

Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran.

Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu

memudahkan urusan berkaitan.

Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan

tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga

kali kepadanya sebelum ini.

“Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11

Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan.

“Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami

berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan

mahu saya memujuknya,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pihaknya akan berkunjung ke rumah Syawal Mukhriz dan

melihat keadaan bekas pelajar itu dan neneknya.

“Dia pernah dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun lalu,”

katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan Syawal Mukriz dari Kampung Alor Gunung, Seberang Pantai

Johor berikrar menjaga dan menemani neneknya, Azilah Walad, 67, selama-lamanya.

Azilah yang buta akibat kemalangan 10 tahun lalu hilang punca pendapatan menjual kuih dan

kini mengharapkan ihsan rakan serta orang ramai untuk kelangsungan hidup.

Syawal Mukhriz yang dijaga Azilah sejak dilahirkan enggan ke sekolah sejak awal tahun ini

berikutan mahu menjaga neneknya di rumah.

Tinjauan Metro mendapati keadaan rumah pusaka dihuni mereka kurang terurus di dapur selain

keadaan rumah yang usang dimamah usia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 5:49 AM

SUMBER:BERITAMETRO

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...