Langkau ke kandungan utama

Hotel Murah Berhantu di Sabah




Assalamualaikum..

Kisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan sebuah HOTEL MURAH ....

Saya dan isteri saya berasal dari Perak. Saya adalah seorang Cikgu dan isteri saya adalah

suri rumah sepenuh masa. Pada suatu hari, kami bercadang ingin bercuti di Sabah, kerana

waktu tu cuti sekolah pertengahan tahun. Jadi, pada hari tu jugak kami terbang ke Sabah.

Dipendekkan cerita, sampai je di Sabah.. Kami cari la hotel yang selesa dan berbaloi

dengan harga. Kami ni jenis berjimat.  Kalau lagi murah hotel tu, lagi ok bagi kami. Yang

penting, boleh buat tidur, mandi, rehat2, ada semua tu, bagi kami ok.... Bilik kecil atau

besar, tak kisah. Lagipula, gaji saya takde lah sebesar mana. Maklum la, baru saja jadi

Guru. Isteri pula tak bekerja.

Satu hari tu, kami tanya la sorang pak cik ni (dalam 40an umurnya). "pak cik, boleh tanya

kat mana ye hotel murah di kawasan terdekat ni?"...

pak cik tu jawab "Ohh,, kalau nak cari hotel, pergi dekat sana" sambil menunjukkan jalan

yang patut kami lalu..
pak cik tu sambung lagi "tapi kalau adik nak murah, hujung sana lah..tapi kat sana, kena

tahan sikitlah...dengar cerita, kat sana keras sikit...ada hantu ke apa, yang tu saya tak

tahu...saya cuma dengar-dengar cerita sahaja", sambil menunjukkan sebuah hotel yang agak

susah kelihatan kerana hotel tersebut berada agak di pedalaman...mcm dalam hutan...dan

yang ngerinya, dalam kawasan tu, hanya ada hotel tu sahaja..takde bangunan lain...

saya ni jenis berani sikit (sebenarnya bajet2 berani je..haha) dan saya suka benda-benda

yang menyeramkan macam ni....so, saya pun buat keputusan nak tidor hotel kat sana....

isteri saya pun balas "bang, takyahlah tido sana..kan pakcik tu dah cakap hotel sana

keras"...

saya : "alah awak ni,, pak cik tu pun cakap dia dengar-dengar cerita sahaja...takde ape

lah awak..jangan risau"....

isteri : "saya tetap taknak jugak, bang....lagipun dalam hutan tu bang...seram tahu

tak"...

saya: "ok ok macam ni...kita tidur dulu sana,,kalau ada apa-apa gangguan, abg janji kita

check out terus..ok?"

isteri: "ye lah ye lah" sambil menganggukkan kepala dan memuncungkan mulut sedepa....


sampai di hotel tersebut, kami pun check in la...masuk bilik, fuhhh memang

besar...selesa...harga pulak murah...hanya RM30,  24 jam.. memang terbaik...tandas

terbaik....ada astro... aircon..katil besar.. ada beranda utk hisap rokok....

so dipendekkan cerita, kami check in pukul 12 tgh hari.....dan sehari tu kami duduk di

hotel sahaja, tengok tv,, sambil sembang-sembang ....mandi kolam kat hotel tu...tiba waktu

malam, oleh kerana terlalu keletihan, pada pukul 10 malam kami terus tidur...

keesokan pagi, bangun subuh,,saya kejutkan isteri...

selesai solat subuh,, ,saya pun saja la usik dia "haa, kena kacau hantu tak semalam??"..

dia pun senyum malu tak terkata....saya pun gelak-gelak je...haha

hari tu, kami berjalan-jalan pusing2 di Sabah....

dipendekkan cerita lagi, tiba waktu malam,,, pada pukul 10 pagi, kami agak keletihan

(sebenarnya saya yang agak keletihan, sebab saya yang drive kereta sewa, dan saya juga

yang angkat barang-barang shopping)...
saya pun tertidur.....

pada pukul 4 pagi (lebih kurang), tiba-tiba isteri saya kejutkan saya dalam keadaan yang

cemas "bang bang bang, bangun bang....saya nak keluar bang.."...mukanya kelihatan agak

ketakutan...

saya pun "apa kena dengan awak ni?..abang ngantuk lah"...

isteri: "bang, saya takut bang...saya nak keluar, bang..tolonglah" mukanya kelihatan

sangat ketakutan dan hampir-hampir nak nangis (bini saya ni memang manja sikit..tapi

alhamdulillah dia selalu dengar kata..hehe)...

saya pun tengok dia macam ketakutan..mungkin kena ganggu kot...oleh kerana saya da janji

akan terus check out kalau ada kena ganggu ke apa ke,, jadi, saya pun terus ON

LAMPU,,kemas2 barang,,,dan check out....oleh kerana masa tu, saya pun tengah ngantuk,,,dan

bini saya pun nampak macam sangat ketakutan, saya pun senyap je dalam kereta waktu drive

cari hotel lain...lagipun saya nak bagi dia rilex2 dulu...

sampai sahaja di hotel lain,,kami check in...sampai di bilik, saya duduk la kat kerusi tu,

tunggu bini saya tidur dahulu....sebelum dia lena, (dan dia pun nampak macam da ok) saya

pun tanya la dia "kenapa dengan awak tadi"..

isteri: ada hantu bang..dalam pukul 12 tgh malam tadi, macam ada bayang-bayang orang lalu

dekat beranda tu bang...masa tu saya buat tak tahu je...sebab taknak ganggu abg

tidur...saya pun cuba la tidur.....tapi sekali saya dengar bunyi macam ada orang ketuk-

ketuk kat bawah katil kita ni....perlahan je dengar bunyi ketukan tu..mase tu, saya dah

meramang da bulu roma...tapi saya masih buat tak tahu...dan akhirnya saya dapat

tidur...dalam pukul 3 pagi lebih camtu, saya terjaga...sebab bunyi ketukan tu makin

kuat...saya pun sakit hati la bang,, saya baling bantal tu ke bawah katil tanpa saya

tengok apa kat bawah katil tu...tiba-tiba,, ada satu makhluk merangkak laju masuk ke

tandas...lepas tu saya terus gerakkan abang...

bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag