MENTERI Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong. - Foto Salhani Ibrahim
KUALA LUMPUR: Langkah berani kerajaan melakukan perubahan demi kemajuan negara adalah
keputusan tepat walaupun tidak disenangi semua pihak.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Bajet
2018 menunjukkan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan pembangunan
infrastruktur tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara.
Beliau berkata, bajet kali ini menunjukkan kerajaan mempunyai semangat dan keupayaan
politik menyuarakan kebimbangan rakyat dengan mengumumkan pengurangan cukai pendapatan
yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, terutama golongan pertengahan 40
peratus (M40).
"Bajet 2018 tidak mencerminkan Malaysia sebagai negara gagal kerana negara gagal tidak
mampu membentangkan bajet komprehensif.
"Sebaliknya, ia menekankan kaedah untuk mengekalkan prestasi tinggi komoditi eksport
bertunjangkan 3P iaitu produktiviti, promosi dan pekebun kecil", katanya dalam satu
kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bajet kali ini bersifat bertanggungjawab, realistik dan mengetengahkan
rakyat, selain mengimbangkan antara pembangunan ekonomi serta mendengar keluhan rakyat
terutama golongan berpendapatan rendah.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan