Langkau ke kandungan utama

Power bank terbakar dalam kereta


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan sebuah kereta dari terbakar selepas
pengecas mudah alih atau powerbank yang ditinggalkan didalam kereta di Persiaran Jubli
Emas terbakar. - Foto Ihsan Bomba Negeri Perlis


KANGAR: Gara-gara meninggalkan power bank dalam kereta ketika cuaca panas, seorang lelaki

nyaris kerugian besar apabila pengecas mudah alih itu terbakar.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi berlaku di Persiaran Jubli Emas, di sini, namun

pemilik kenderaan itu bernasib baik apabila kebakaran disedari orang ramai.

Saksi yang enggan namanya dikenali, berkata beberapa orang awam menyedari kereta berkenaan

berasap, sebelum memadamkan api bagi mengelak kebakaran memusnahkan kereta terbabit.

"Pemilik kereta tidak menutup sepenuhnya cermin tingkap kenderaan. Jadi kejadian itu cepat

disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit sebelum menjirus air untuk memadamkan

api dan menghubungi pihak bomba untuk bantuan lanjut.

"Selepas api dipadamkan, terdapat power bank di tempat duduk hadapan penumpang di dalam

kereta berkenaan, iaitu kawasan yang mengalami kebakaran yang mungkin menjadi punca

kejadian," katanya ketika ditemui.

Usaha BH mendapatkan komen pemilik kenderaan terbabit tidak berhasil apabila lelaki

berkenaan enggan ditemu ramah.

Bagaimanapun jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis, ketika dihubungi

mengesahkan kejadian itu dan kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam.

"Hasil pemeriksaan mendapti kemusnahan akibat kebakaran itu membabitkan 10 peratus iaitu

pada bahagian tempat duduk dan ia tidak membabitkan mangsa.

"Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...