Langkau ke kandungan utama

Syarikat urus Che Ta, Janna Nick lamar Liza Hanim


LIZA Hanim.- Foto Nik Hariff Hassan

KUALA LUMPUR: Belum pun mula bersaing di pentas musim keempat Gegar Vaganza (GV), Liza

Hanim sudah 'disambar' syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) milik penyanyi Dafi dan

rakan kongsinya, Afeeq.

Penyanyi Siapa Sangka Sangka Menduga itu rupa-rupanya sudah dua bulan dinaungi syarikat

yang turut menguruskan kerjaya bintang popular seperti Rozita Che Wan, Janna Nick dan

Jihan Muse.

Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim menandatangani kontrak dengan LOL bagi

tempoh dua tahun.

Memberitahu BH Online, Liza mengaku tertarik dengan strategi dan keterbukaan LOL

menguruskan kariernya.

"Dalam banyak syarikat pengurusan yang cuba menawan hati, LOL boleh dikatakan bersungguh-

sungguh mahu menyunting saya. Syarikat mereka sabar dan memahami kedudukan saya sebagai

ahli perniagaan, isteri dan ibu.

"Biar apa pun perancangan, mereka faham keluarga menjadi keutamaan. Saya cukup tertarik

dengan tenaga kerja dan pengalaman syarikat itu. Malah, kami cepat serasi," katanya.

Liza berkata, LOL sudah merancang menerbitkan single baharu untuknya.

"Tapi apa penting ketika ini untuk 'memanaskan enjin' dan membuat persediaan bersaing di

pentas GV4," katanya.

Mengenai debaran bersaing di pentas itu bermula malam ini, Liza mengaku hatinya bercampur

baur.

"Saya tak tahu apa yang nak dijangka. Ia agak menggerunkan. Biar apa pun hasilnya, saya

akan terus positif.

"Saya pasti semua peserta sedang membuat persiapan rapi. Masing-masing ada pengikut

sendiri," katanya.

Namun, buat Liza, paling manis baginya dapat berkongsi pentas dengan Aishah yang turut

bertanding pada edisi kali ini.

"Peluang bersama-sama Aishah suatu penghormatan besar buat diri ini. Semua pun handal-

handal," katanya yang mengaku Astro mula menawarkannya peluang bersaing di GV sejak tiga

tahun lalu, namun terpaksa ditolak atas komitmen keluarga dan perniagaan.

Selain Liza dan Aishah, artis yang turut bersaing di pentas GV4 ialah Syura, Elyana, Raja

Azura, Haida Hafiz, Hazami, Aqasha, Tia Jinbara dan Lan Kristal. Penyanyi Indonesia,

Firman Siagian dan Ferhad dari Singapura juga terpilih.

Konsert mingguan GV4 disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap

Ahad, mulai malam ini.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...