KOTA BHARU: Seorang pemilik kedai makan di Kampung Kubang Tin, Melor, diserang tiga lelaki dengan parang sehingga tangan kanan mangsa mengalami kecederaan parah. Sebelum itu, ketiga-tiga suspek datang ke kedai makan mangsa dan berpura-pura bertanyakan untuk membeli ayam kampung. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata kejadian itu berlaku pada jam 6.10 pagi tadi, ketika mangsa yang berusia 34 tahun baharu membuka kedai untuk memulakan operasi. "Tiga lelaki itu masuk ke kedai dan bertanyakan mengenai ayam kampung sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol. "Mereka meminta mangsa menyerahkan barang berharga dan seorang lagi mengeluarkan parang untuk menetak mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Mangsa cuba menepis senjata itu dengan tangan kanannya dan disebabkan itu tangannya mengalami kecederaan dan terbelah di antara ibu jari dan jari telunjuk. Suspek sempat mengambil rantai dan cincin emas milik isteri mangsa yang turut berada di tempat kejadian sebelum melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dan mendatangkan kecederaan. KOTA BHARU: Seorang pemilik kedai makan di Kampung Kubang Tin, Melor, diserang tiga lelaki dengan parang sehingga tangan kanan mangsa mengalami kecederaan parah. Sebelum itu, ketiga-tiga suspek datang ke kedai makan mangsa dan berpura-pura bertanyakan untuk membeli ayam kampung. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata kejadian itu berlaku pada jam 6.10 pagi tadi, ketika mangsa yang berusia 34 tahun baharu membuka kedai untuk memulakan operasi. "Tiga lelaki itu masuk ke kedai dan bertanyakan mengenai ayam kampung sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol. "Mereka meminta mangsa menyerahkan barang berharga dan seorang lagi mengeluarkan parang untuk menetak mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Mangsa cuba menepis senjata itu dengan tangan kanannya dan disebabkan itu tangannya mengalami kecederaan dan terbelah di antara ibu jari dan jari telunjuk. Suspek sempat mengambil rantai dan cincin emas milik isteri mangsa yang turut berada di tempat kejadian sebelum melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dan mendatangkan kecederaan.
KOTA BHARU: Seorang pemilik kedai makan di Kampung Kubang Tin, Melor, diserang tiga lelaki
dengan parang sehingga tangan kanan mangsa mengalami kecederaan parah.
Sebelum itu, ketiga-tiga suspek datang ke kedai makan mangsa dan berpura-pura bertanyakan
untuk membeli ayam kampung.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata kejadian itu
berlaku pada jam 6.10 pagi tadi, ketika mangsa yang berusia 34 tahun baharu membuka kedai
untuk memulakan operasi.
"Tiga lelaki itu masuk ke kedai dan bertanyakan mengenai ayam kampung sebelum seorang
daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol.
"Mereka meminta mangsa menyerahkan barang berharga dan seorang lagi mengeluarkan parang
untuk menetak mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mangsa cuba menepis senjata itu dengan tangan kanannya dan disebabkan itu tangannya
mengalami kecederaan dan terbelah di antara ibu jari dan jari telunjuk.
Suspek sempat mengambil rantai dan cincin emas milik isteri mangsa yang turut berada di
tempat kejadian sebelum melarikan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dan mendatangkan
kecederaan.

sumber: BH
Ulasan
Catat Ulasan