Langkau ke kandungan utama

9 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Sangat Unik yang kedua itu betul2 unik. jom baca

Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita terokai tentang latar

belakang mengenai “negeri dibawah bayu” Sabah.

Apa yang membuatkan kami terlintas untuk kongsikan tentang negeri Sabah ini adalah

keunikan asal usul daerahnya yang buatkan kami rasa tertarik. Memanglah kebanyakkan tempat

di Malaysia ini ada sejarahnya sendiri.

Tapi, dalam banyak-banyak asal usul nama tempat di Malaysia, Sabah lah yang paling menarik

bagi kami.

Jadi, kami nak kongsikan sedikit beberapa nama asal usul daerah Sabah yang ramai orang tak

tahu macam mana nama tempat tersebut terhasil.

1. Keningau

Keningau

Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan

terbesar di Bahagian Pedalaman.

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak

ditumbuhi pokok kayu manis, sejenis rempah untuk memasak.
Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya

sebagai kayu Keningau.

Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah

satu bahan eksport mereka.

Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting

pada ketika itu.

Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya

membangun menjadi sebuah bandar yang begitu pesat membangun dan menjadi pusat pentadbiran

di kawasan pedalaman Sabah

2. Menggatal

Menggatal

Pasti ramai tergelak kecil bila pertama kali dengar nama tempat ni. Mungkin Menggatal

tidak sepopular seperti kawasan Sabah yang lain. Tapi, Menggatal memang wujud.

Untuk pengetahuan, nama ‘Menggatal’ diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang

mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan.

Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan

menjadi “Menggatal”.

3. Penampang

Penampang

Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu,

iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas.

Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa

itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang”

bertukar menjadi Penampang.

4. Tawau

Tawau

Nama Tawau sendiri adalah berasal dari perkataan ‘Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu

memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan.

Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan

masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan

Melayu Islam Sulu.

5. Papar

Papar

Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal

usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.

6. Putatan

Putatan

Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh

dengan banyak di sekitar daerah Putatan .

Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat

Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu.

Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab

sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.

7. Kota Belud

Kota Belud

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu

pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi, Kota Belud ini dirujuk sebagai

“Kubu Pertahanan di atas Bukit”

8. Tuaran

Tuaran

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah

‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’.

Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang

datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil

tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

BACA INI JUGA: 10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Sumber: Ohbulan.com
hosted by Sentiasapanas.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag