PETRA JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis menahan
reman lapan nelayan warga Vietnam bagi membantu siasatan kes cabul seorang kanak-kanak
berusia empat tahun, semalam.
Semua suspek yang berusia antara 19 hingga 47 tahun direman selama 14 hari mulai hari ini
selepas ditahan di rumah keluarga mangsa di Jalan Matang, di sini, kira-kira jam 5 pagi
tadi.
Mereka ditahan selepas disyaki mencabul kanak-kanak terbabit petang semalam.
Kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 33 tahun selepas mangsa mengadu sakit di
bahagian alat sulitnya ketika hendak membuang air kecil kira-kira jam 12 tengah malam
tadi.
Ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudiannya memeriksa mangsa dan menemui kesan cecair
berwarna putih pada alat sulitnya.
Mangsa kemudiannya memberitahu, lelaki warga Vietnam terbabit 'melakukan sesuatu'
terhadapnya.
Berikutan itu, ibu mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa, di sini,
kira-kira jam 3 pagi tadi kerana mengesyaki anaknya dicabul warga Vietnam terbabit yang
juga pekerja suaminya.
Semua suspek tiba di negeri ini sejak tiga minggu lalu untuk bekerja dengan bapa mangsa
yang mengusahakan kapal pukat tunda laut dalam.
Mereka tinggal di rumah keluarga mangsa sementara menunggu kapal yang mereka akan gunakan
untuk menangkap di laut dalam dibaiki.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan