Pesawat FY2087 milik Firefly terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal, hari ini.
Dalam 10 pagi itu, pesawat baru sahaja berlepas seperti yang dijadualkan dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas ke Subang terpaksa berpatah balik
beberapa minit kemudian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong, pesawat terpaksa melakukan
pendaratan kecemasan selepas kerosakan dikenal pasti.
"Pesawat mendarat dengan selamatnya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan
pemeriksaan rapi dilakukan," tambahnya.
Jelasnya punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.
Dalam pada itu, jumlah sebenar penumpang yang berada di dalam pesawat masih belum
diperolehi.
Sumber - Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan