Langkau ke kandungan utama

Pembantu am rendah dipenjara, didenda RM220,000



IPOH: Seorang pembantu am rendah dipenjara empat tahun dan denda RM220,000 oleh Mahkamah

Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan meminta dan

menerima rasuah.

Sanusi Abdul Rashid, 61, didakwa meminta dan menerima rasuah daripada jirannya sebagai

dorongan untuk menarik semula laporan polis yang dibuat anaknya, empat tahun lalu

Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan

dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan.

Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan wujud keraguan munasabah dalam kes itu.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM150,000 bagi pertuduhan pertama

dan masing-masing empat tahun penjara dan denda RM35,000 bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Bagi hukuman penjara, Indra Nehru memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak bermula

hari ini.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 15 bulan bagi pertuduhan pertama dan

masing-masing tambahan empat bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga jika gagal

membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Sanusi didakwa meminta suapan wang RM30,000 daripada Badrun

Abdul Hadi bagi menarik balik laporan polis yang dibuat di hadapan Blok A, Kuarters

Institut Pendidikan Air Panas, Gerik, jam 9.30 pagi, 17 Ogos 2013.

Tertuduh turut didakwa meminta rasuah RM7,000 daripada Badrun melalui satu perbualan

telefon di Pusat Khidmat Pelanggan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan

Takong Dato, Gerik, jam 4.10 petang, 20 Ogos tahun yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, bapa kepada sembilan anak itu didakwa menerima suapan RM7,000

daripada lelaki sama di pondok awam berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, jam 4

petang, 23 Ogos tahun sama.

Dia didakwa atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan

boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda

nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar keseluruhan denda sebanyak RM220,000 dan

membayar wang jaminan tambahan sebanyak RM20,000 jika mahu penangguhan bagi hukuman

penjara selepas peguambela tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman kerana mahu

memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala

tertuduh diwakili peguam Muhaimin Aris dan Hatim Musa.

Tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung manakala anak-anak tertuduh

kelihatan menitiskan air mata sebaik hakim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag