Langkau ke kandungan utama

Jalan raya bermisteri di sabah!



Jalan Raya Bermisteri Di SabahPernahkan anda merasakan perasaan yang menyeramkan ketika

memandu berseorangan ataupun berteman, tidak kira lah pada waktu malam ataupun siang? Saya

ingin menceritakan pengalaman saya ketika memandu melalui jalan raya di beberapa kawasan

sekitar Sabah.

Jalan Tenom-Sipitang:
Saya rasa lain macam, rasanya seperti sepanjang jalan itu ada sahaja mata memerhati saya,

Keadaan jalan itu sangat sunyi malah tiada kawasan perkampungan sepanjang jalan tersebut.

Tapi saya tidak pernah lagi di ganggu, tapi keadaan dan persekitaran jalan itu sangat

menyeramkan.

Jalan Kota Belud – Ranau :
Pada tahun 2006, saya memandu Proton Wira 1.5, ketika itu, kereta wira itu baru saja

berumur 2 bulan, dari kudat saya ikut jalan “short-cut”ke jalan Ranau melalui Kota Belud.

Pada masa tu saya ditemani dengan 3 orang kawan dari Semenanjung, pada lebih kurang pukul

10.00 malam ketika masih lagi memandu, keadaan jalan itu sangat sunyi, seingat saya, hanya

ada 3 kereta lalu, sangat sunyi, sehingga la sampai ke jalan menaiki bukit, tiba-tiba

kereta Wira yang kami naiki itu semakin perlahan, maka dengan segera saya tekan “clutch”

dan “free”-kan gear kereta, namun tiba-tiba sahaja enjin kereta yang kami naiki itu mati,

“aikkk…ini kereta baru 2 bulan, baru lagi” saya bercakap sendirian. Kawan-kawan saya

bertanya kenapa enjin mati, saya cuma menasihati mereka supaya membaca apa-apa sahaja ayat

Quran, yang kawan seorang pula Kristian, saya suruh dia baca apa-apa doa dari Bible.

Selepas itu, kami diam sejenak, masing-masing baca doa apa-apa yang rasanya patut, selesai

saja berdoa, saya cuba untuk hidupkan enjin kereta semua, dan dengan mudah enjin kereta

hidup semula, kami pun teruskan perjalanan sampai sana Ranau dan tidur di Hotel Perkasa.

Rasa hairan dengan kereta itu, kereta baru dan sebelum ni tidak pernah pula buat hal,

tiba-tiba pula buat hal di tengah hutan.


Jalan Ranau – Kota Kinabalu:
Pada tahun 2005, saya bersama kawan-kawan, 4 kesemuanya, semuanya menaiki Mitsubishi

Pajero. Seorang adalah saudara saya, seorang lagi kawan dari Kuala Lumpur dan seorang lagi

dari Sarawak. Perjalanan balik ke Kota Kinabalu (KK) saya minta saudara saya yang

“driving”. Ketika itu, masa sudah dekat pukul 11.00 malam, sampai di kawasan Bundu Tuhan,

saya pun membuka tingkap kerana ingin merokok, sedang saya merokok, tidak sampai setengah

batang rokok saya hisap, tiba-tiba saya dengar ada bunyi perempuan mengilai atas bumbung

kereta yang kami naiki itu, pada mulanya bunyi itu kedengaran seperti berada jauh dari

kami, lama kelamaan seperti suara mengilai itu semakin dekat, dan akhirnya bunyi perempuan

mengilai itu seperti berada betul-betul di atas bumbung kereta kami. Saya cepat-cepat

buang rokok dan tutup tingkap, suara perempuan mengilai itu masih ada, semua kami diam

saja sambil dengar itu suara ketawa mengilai atas bumbung kereta. Kereta yang dipandu oleh

saudara saya pula semakin laju, saya bertanya dengannya kalau dia dapat mendengar suara

mengilai itu, dia pula menjawab dengan memberikan soalan, “suara apa tu?”. “itu macam

suara puntianak…mungkin dia terbang atas bumbung kereta kita” saya jawab. Saya mengigatkan

saudara saya supaya tidak memandu laju, kerana saya dapat lihat seperti dia tidak lagi

dapat mengawal perasaan takutnya, kawan-kawan yang di belakang pula, tidak lagi menyandar

ke kerusi, kedua-dua mereka semakin rapat ke hadapan. Sepanjang perjalanan kami hanya diam

mendengar suara mengilai itu, suara itu hanyahilang selepas kami menghampiri kawasan

perkampungan di hadapan jalan.

Jalan Membakut-Binsuluk-Kuala Penyu:
Menurut percakapan orang, jalan ini “keras”…berpenunggu…tapi setakat ini saya tidak pernah

jumpa. Tapi kejadian aneh yang saya alami berdekatan dengan jalan melinsung. Berdekatan

dengan bukit, kononnya ada peninggal Istana berdekatan dengan kawasan Kinarut, saya dalam

perjalanan dari KK bersama dengan abang saya. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Malam

tu lebih kurang dalam pukul 10.30 malam…hujan renyai-renyai, dan pada ketika itu saya yang

memandu, ketika ikut, saya cuma memandu pada kelajuan 60km/j sahaja, kerana saya berbual

dengan abang saya, Ketika sampai kawasan bukit itu, dekat dengan selekoh, bila naik

kawasan bukit itu saja, tiba-tiba saya nampak satu makhluk di tepi jalan di tapak yang

kononnya istana itu tertanam. Mahluk itu kelihatan agak besar, besar sedikit dari manusia,

badannya dipenuhi bulu berwarna coklat kemerahan dan sedang duduk mencangkung, lututnya

lebih tinggi dari kepalanya, telinga dia pula panjang tajam, saya pun terus perlahankan

kereta dan tinggikan lampu kereta. Saya bertanya kepada abang saya, “kau tengok kah apa

yang di depan kita?” dia menjawab “macam lain saja tu benda…” saya perlahankan lagi kereta

yang kami naiki, semakin kereta kami mendekati mahluk itu..saya bertanya lagi kepada abang

saya “Mau berhenti tengok ka?” “kau gila?” jawab abang saya. Lama kelamaan kami semakin

dekat dan makin jelas mahluk itu kelihatan.

habis sudah, nnti lagi sambung>..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag