BAITULMAQDIS: Kesilapan perisian Facebook, menterjemahkan tulisan 'selamat pagi' dalam
bahasa Arab kepada 'serang mereka', menyebabkan seorang lelaki Palestin ditahan Polis
Israel.
Akhbar Haaretz melaporkan, polis mengakui tersilap menahan lelaki Palestin terbabit kerana
disyaki menghasut, sebelum dibebaskan.
Sebelum kejadian itu, lelaki Palestin terbabit dikatakan memuat naik gambarnya bersandar
pada jentolak di penempatan Israel di Beitar Ilit, tempat kerjanya di Tebing Barat.
Haaretz melaporkan, bersama gambar itu, lelaki terbabit menyertakan ungkapan 'selamat
pagi' dalam bahasa Arab tetapi perisian Facebook silap menterjemah perkataan itu kepada
'serang mereka' dalam bahasa Ibrani dan 'cederakan mereka' dalam bahasa Inggeris.
Tidak jelas bagaimana kesilapan terjemahan itu berlaku, sedangkan tiada persamaan di
antara ungkapan Arab yang digunakan untuk 'selamat pagi' dengan frasa dalam bahasa Ibrani
atau Inggeris itu. - AFP
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan