Langkau ke kandungan utama

Petronas bina MRSM di Ranau


MUSA Aman bersama Masidi Manjun (dua dari kanan), Wan Zulkiflee Wan Ariffin (dua dari
kiri), Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob (kiri) dan Naib Presiden Kanan Pengurusan
Sumber Manusia Kumpulan Petronas Raiha Azni Abd. Rahman ketika pelancaran projek pembinaan
MRSM Ranau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


RANAU 26 Okt. - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperuntukkan sejumlah dana untuk

membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baharu di Ranau pada tahun depan.

Projek yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas

dalam bidang pendidikan itu akan dibangunkan bersebelahan Kompleks Sukan Ranau bermula

suku ketiga 2018 dan dijangka siap pada 2022.

Majlis pelancaran projek itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Musa Ama di Dewan

Kompleks Sukan Ranau, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Kebudayaan,

Pelancongan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk

Seri Masidi Manjun; Presiden yang juga Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan

Zulkiflee Wan Ariffin dan Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob.

Dalam ucapannya, Musa berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan inisiatif Petronas untuk

membantu memperkasa pelbagai bidang terutama pendidikan dan pembangunan modal insan di

Sabah.

Menurut beliau, selama ini Petronas telah memberikan banyak sumbangan untuk rakyat dan

negeri ini di bawah program CSR syarikat carigali minyak negara itu.

"Apa yang penting adalah kesungguhan generasi muda kita untuk memanfaatkan kesemua peluang

yang disediakan oleh Petronas dalam bidang-bidang berkaitan.

"Contohnya, pembinaan MRSM dan asrama harian luar bandar di Sekolah Kebangsaan (SK)

Balambangan, Kudat sudah tentu menggalakkan anak-anak kita menimba ilmu tanpa risau

memikirkan jarak yang jauh ke sekolah," katanya.

Projek pembinaan MRSM itu adalah inisiatif bersama Petronas, kerajaan negeri dan Majlis

Amanah Rakyat (MARA).

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, selepas siap gedung ilmu itu nanti berupaya

menempatkan sebanyak 450 pelajar dengan kemudahan lengkap seperti blok akademik, makmal

sains, asrama, dewan serbaguna, kemudahan sukan, kediaman untuk guru-guru dan surau.

"Idea membina MRSM di Ranau adalah bagi menyokong Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013

- 2025 menerusi perkongsian awam-swasta untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara,"

katanya. - UTUSAN ONLINE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...