TAIPING: Seorang lelaki menderita hampir 14 jam, apabila kemaluannya tersekat pada muncung
botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil di rumahnya di sini, malam tadi.
Derita lelaki berusia 29 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) itu, bermula sejak jam
10.30 malam tadi, apabila isterinya memasukkan kemaluan mangsa pada muncung botol terbabit
bagi membantu suaminya membuang air kecil.
Bagaimanapun, selesai membuang air kecil, lelaki terbabit berdepan masalah mengeluarkan
kemaluannya yang tersekat pada muncung botol yang digunakan.
Selepas pelbagai usaha dilakukan pasangan terbabit di rumah mereka gagal, lelaki itu
dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk mendapatkan bantuan.
Bahagian hujung botol air mineral yang dipotong selepas kemaluan seorang lelaki tersekat
padanya. - Foto ihsan bomba
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata pihaknya menerima
panggilan untuk mendapatkan bantuan khas pasukan itu daripada pengurusan HT pada jam 11.27
pagi ini bagi membantu mengeluarkan kemaluan mangsa.
Beliau berkata, anggotanya berkejar ke hospital terbabit dengan membawa peralatan khas
bagi membantu memotong muncung botol berkenaan.
"Difahamkan, lelaki itu hanya datang mendapatkan bantuan selepas segala usaha dibuat di
rumahnya gagal.
"Operasi bantuan khas ini selesai kira-kira 12 tengah hari," katanya.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan