Langkau ke kandungan utama

Mangsa banjir di Kota Belud terus meningkat

KAWASAN di Pekan Kota Belud yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. - Foto Ihsan JBPM Sabah
KAWASAN di Pekan Kota Belud yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. - Foto Ihsan JBPM Sabah


KOTA BELUD: Seramai 459 mangsa banjir daripada 169 keluarga kini ditempatkan di dua pusat

pemindahan sementara di daerah ini, setakat pagi ini.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Tun Said dan Sekolah Menengah Agama Tun

Said susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 404 mangsa daripada 151 keluarga yang berpindah setakat

lewat malam tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah,

Katizah Rahaban, berkata peningkatan jumlah penduduk dipindah itu berikutan hujan dan

cuaca tidak menentu sepanjang semalam sehingga banyak kawasan rendah dinaiki air.

Beliau berkata, setakat ini kawasan terjejas membabitkan 20 kampung sekitar daerah ini.

"Antara kampung berkenaan termasuk Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok,

Sembirai, Lingkodon, Linau dan Lebak Moyoh.

"Selain itu, paras air di beberapa sungai utama seperti Sungai Kadamaian kini berada pada

tahap amaran manakala Sungai Tampasak serta Sungai Abai di tahap bahaya," katanya ketika

dihubungi, hari ini.

Katizah berkata, pihaknya kini meluaskan operasi memindahkan mangsa di beberapa kampung

yang terjejas dengan bantuan balai bomba berhampiran menggunakan enam bot penyelamat, tiga

lori dan pacuan empat roda.

Beliau juga menasihatkan penduduk kampung yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran

sungai supaya segera berpindah jika mendapat arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian

tidak diingini.

Hujan lebat dan angin kencang di barat dan utara Sabah bermula Selasa lalu dan dijangka

berterusan hingga esok adalah disebabkan kesan sampingan taufan Lan yang kini berada di

timur Filipina.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...