KUALA LUMPUR: Pelakon, Zain Saidin, mengaku beliau menjadi insan paling gembira jika
isterinya, Rozita Che Wan, benar-benar hamil seperti digembar-gemburkan.
Malahan, beliau secara peribadi memang mahu mendapatkan adik untuk anaknya, Aaisyah Dhia
Rana.
"Namun hakikatnya, dia tidak hamil pun. Begitupun, semua ini tak mustahil. Jika ada
rezeki, insya-Allah, kami akan ada anak lagi. Pastinya doa orang ramai yang mahu lihat
isteri saya hamil akan dimakbulkan," katanya.
Zain, 33, mengakui beliau juga bersependapat dengan isterinya, iaitu amat mementingkan
soal kualiti berbanding jumlah anak yang ramai.
"Saya lihat, dia memang mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam soal
pendidikan," katanya.
Zain yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama, Kelip Kelip Kota London, berazam
untuk meluangkan lebih banyak waktu berkualiti bersama keluarga.
Terdahulu, Rozita atau Che Ta, 44, menafikan dirinya hamil selepas timbul usikan daripada
teman rapat ketika menjalani sesi fotografi koleksi pengantin bersama jenama Minaz, baru-
baru ini.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan