Langkau ke kandungan utama

Dibelasah, dibogelkan selepas tertangkap curi motosikal



LUNDU: Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki warga Indonesia turut dibogelkan penduduk

kampung, sejurus ditangkap ketika melarikan sebuah motosikal di Kampung Stunggang dekat

sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kehadiran suspek bersama seorang lagi rakan senegaranya

yang dalam keadaan mencurigakan, disedari penduduk kampung yang kemudian memantau

pergerakan mereka.

Difahamkan, sejurus dua lelaki itu melarikan sebuah motosikal, penduduk kampung mengejar

sebelum dapat menahan seorang daripada mereka, seterusnya membelasah dan membogelkan

suspek sebagai pengajaran.

Panik melihat kejadian itu, rakannya melarikan diri bersembunyi di kawasan berlumpur,

tetapi berjaya ditahan polis yang tiba di lokasi kejadian sejurus dihubungi penduduk

kampung.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Kiong ketika mengesahkan

kejadian, berkata tindakan pantas penduduk kampung berjaya menahan suspek sebelum

diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek yang cedera di muka, badan dan kaki akibat bergelut dengan penduduk kampung,

dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

"Seorang lagi suspek ditangkap ketika bersembunyi dalam kawasan berlumpur tidak jauh dari

kampung berkenaan. Motosikal digunakan mereka turut disita," katanya ketika dihubungi BH.

LELAKI warga Indonesia ditahan selepas cubaan mereka mencuri motosikal dihalang penduduk

di Lundu pagi tadi. - Foto Rudi Affendi Khalik

Chee Kiong berkata, dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu kini ditahan untuk siasatan

lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan yang sabit

kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.


sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...