Langkau ke kandungan utama

Dr M: Bagaimana Malaysia boleh hapuskan GST



Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa

menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan

(HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, kerajaan Najib melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat

penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.

Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun RM300 kepada nelayan,

pemberian RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

(JKKK), tajaan program hari, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.

“Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak mempunyai wang yang cukup kerana penyelewengan

dalam pengurusan dana kerajaan yang digunakan untuk meraih populariti untuk diri sendiri,”

katanya.

Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat

awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

“Semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian Najib mungkin berasa gembira. Namun

sebenarnya peningkatan pendapatan itu tidak begitu menguntungkan mereka.

“Ini kerana peningkatan gaji mereka selalunya menyebabkan kenaikan kos hidup. Dalam kata

lain, peningkatan gaji tidak meningkatkan kemampuan membeli mereka.

Beban kekurangan dana

“Yang penting bukannya berapa banyak gaji seseorang. Yang penting adalah kemampuan

membelinya. Apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan tambahan yang

diperoleh seseorang tidak begitu bermakna,” kata Mahathir.

Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan

menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan

menampung kerugian 1MDB, kata Mahathir.

Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M

seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Jumlah sebenar bantuan kepada golongan miskin tegar seharusnya dinaikkan dan diberikan

setiap bulan, bukannya setahun sekali,” katanya.

Berkenaan elaun kepada nelayan, Mahathir berkata tindakan yang tepat untuk dilakukan

adalah meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam memastikan nelayan asing tidak menceroboh

perairan negara sekaligus membolehkan golongan nelayan tempatan meraih pendapatan yang

lebih tinggi.

“Pelbagai lagi elaun seumpamanya perlu dikaji semula atau dimansuhkan. Kenaikan gaji

penjawat awam tidak seharusnya datang dengan kemerosotan nilai wang. Ada cara lain untuk

melaksanakannya.

“Jika kerajaan berhemah dalam pengurusan dana kerajaan, kekurangan dana tidak seharusnya

terjadi. Pengenalan cukai baru boleh dielakkan,” katanya.

sumber:malaysia kini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag