Langkau ke kandungan utama

Hantu di Asrama Sekolah di Ipoh, Perak



Benda ni terjadi masa tahun 97.. masa tu aku form 5 kat satu skolah asrama penuh kat ipoh,

perak.. kalau orang sana mesti tau la kot.. peristiwa ni terjadi pada junior aku.. masa tu

diorang form 2..

Malam tu seperti biasa setiap student form 2- form 3 diwajibkan untuk memasang kelambu..

diorang ni semua dok katil double decker.. so kalau malam dalam kul 10 lepas prep tu..

semua kelambu dah tergantung la..

Nak dijadikan cerita.. pada satu malam ni.. aku masih la belum tido.. tengah lepak2 ngan

kawan2 and masih buat keje2 gila.. biasa la kan.. student dok asrama.. semua lelaki pulak

tu.. so banyak la project kitorang.. tengah seronok2 berbual, melepak2, isap2 rokok ni,

tiba2 kami terdengar bunyi bising kat dorm sebelah.. masa tu form 5 dok dorm hujung..

dipisahkan dengan toilet and bilik mandi baru la sampai dorm junior ni..

Kitrang yang senior ni ingat ada junior tak tido lagi, memang nak kene la.. huhuhuh

(garang).. atau ada apa2 masalah la.. terus la kitorang cargas nak pg tengok.. apa dah

jadi.. masa tu kan samseng.. hahahaa.. so bila kitorang sampai kat dorm diorang.. lampu

dah terpasang.. seluruh dorm.. terang benderang.. and diorang dok berkumpul atas lantai

dengan tilam yang diturunkan.. duduk keliling seorang budak form 2 yang tengah terbaring

pucat.. and diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar.. ada yang pegang yassin..

ada yang baca yassin.. ada yang dok peluk lutut.. macam2 la.. tapi semua muka pucat lesi..

mula2 nak marah terus tak jadi..

Bila kitaorang tanya.. ape masalah?.. ape jadi?.. so ketua dorm tu cerita la.. masa tu

dalam kul 3 pagi dah.. semua junior memang dah tido la di katil masing2.. dalam kelambu..

lampu dorm memang dah switch off.. cuma limpahan lampu koridor je yang menerangi

sesetengah tempat.. tiba2 budak yang terbaring tengah2 tu terbangun sebab dia dengar pintu

dorm terbukak.. dia pun pandang la arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu.. masa

tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu.. tak nampak sebab cahaya tak

begitu terang lagipun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal tu.. bukan jaring2 plastik

tu..

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check.. sebab memang selalu

warden akan check.. tapi dia tak terpikir la time tu, mana ada warden perempuan akan check

malam2 buta.. sorang2 pulak tu.. ni kan sekolah lelaki.. mungkin sebab mamai jadi dia tak

terpikir la sampai situ..

Dalam masa dia mamai2 tu.. dia nampak sesusuk lembaga tu jalan ke arah katil dia.. masa tu

dia dah rasa lain macam tapi takde la sampai nak menjerit ke.. dia cuma dok relax.. pastu

lembaga tu macam berdiri sebelah katil dia.. dia dok katil bawah.. lembaga tu macam cakap2

dengan member dia yang kat katil atas (slow2 je) .. so dia fikir ok la.. maybe warden

sebab atas dia tu katil ketua dorm.. maybe warden nak bagi arahan ape2.. lepas 2-3 minit

macamtu.. lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala..

Muka dia buruk seburuknya.. and dia tanya "dik, kenapa orang atas taknak bangun" dia punya

terkejut.. sampai tak boleh keluar suara.. dia terus berpusing sampai jatuh dari katil and

kelambu dia terus koyak rabak.. dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi..

lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda.. so bila dah bising2 tu.. semua orang

dikejutkan.. time tu la kitorang dengar bunyi bising2 sebab diorang sibuk tarik tilam

turun atas lantai.. sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu..

besoknya kami lak kene berjaga depan dorm diorang.. lesen besar beb.. warden bagi stay

up.. sebab kisah tu dah kcoh satu skolah.. so warden suruh jaga junior.. budak yang kene

sakat tu demam seminggu, balik kampung..


bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag