Langkau ke kandungan utama

'Ibu Segala Bajet' - PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: "Bajet inilah saya boleh katakan Ibu Segala Bajet," kata Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ini kerana Bajet 2018 adalah belanjawan yang tidak pernah diucapkan dan

menghimpunkan serta membabitkan

pelbagai latar belakang masyarakat.

"Sesungguhnya, saya bagi pihak kerajaan berani berkata demikian kerana pada bajet kali

ini, telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada

sebuah bajet komprehensif.

"Ia mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke

dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara," katanya pada penutup pembentangan Bajet

2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib menjelaskan, sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan negara ini, belanjawan

kali ini bersifat holistik, sarat dengan falsafah dan secara peribadinya boleh ditanda

dalam sejarah negara.

Katanya, belanjawan itu juga yang paling inklusif pernah dipersembahkan dalam memenuhi

tuntutan 'Dharuriyyat' (hidup dan mati), Hajjiyyat (fizikal dan rohani) dan Tahsiniyyat

(kemudahan dan keselesaan) untuk kesejahteraan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurkan

negara.

"Apa yang kerajaan mahukan adalah sebuah bangsa yang bukan saja hebat fizikalnya, bahkan

kaya jiwa dan kaya pekertinya, yakni Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

"Pucuk pangkalnya, sepanjang berbulan-bulan yang lalu, segala kerja keras dan titik peluh

kerajaan secara kolektif, membabitkan semua kementerian dan agensi, pihak swasta, NGO

(pertubuhan bukan kerajaan), belia, kumpulan profesional dan paling utama pelbagai lapisan

rakyat yang turut menyumbang idea dan cadangan melalui pelbagai platform dan saluran,

dalam merangka naskhah besar ini," katanya.

Beliau berkata, belanjawan itu juga dapat menghapuskan segala bentuk keraguan, yang cuba

dipolemikkan oleh pakatan pembangkang.

"Realitinya, pakatan pembangkang sebenarnya yang selama ini berada dalam keraguan.

"Mereka ragu dengan kepemimpinan mereka, mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain,

malah mereka saling guna-memperguna sesama sendiri.

"Pembangkang tidak ada kepastian dalam kepemimpinan politik, jadi bagaimana mereka boleh

dipercayai untuk menyediakan kepemimpinan ekonomi yang kukuh.

"Waima, kononnya mahu menghapuskan BR1M, kini menyokong pula...nak meniadakan GST, tapi

kini, nak mengekalkan pula dengan 'zero-rate' dan tambah balik SST (Cukai Jualan dan

Perkhidmatan), nak memotong cukai itu dan cukai ini, nak menghapuskan pinjaman PTPTN, tapi

kini ternyata nak diadakan kembali, nak memperkenalkan subsidi minyak, tapi kini beralih

kepada subsidi bersasar," katanya.

Beliau menyatakan, pembangkang juga sering menukar pendirian mereka dan membuat pusingan

U.

"Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn,asyik-asyik U-turn dan lebih banyak U-

turn, sehingga segalanya membuat pemikiranrakyat dikeliru, didamak dan diracuni," katanya.

Oleh itu, Perdana Menteri berkata, biarpun sering diherdik dan cuba dijatuhkan, kerajaan

tidak akan goyah, sebaliknya terus menjalankan kerja untuk rakyat.

"Kita diherdik-herdik dan ditikam-tikam, tak sedikit pun kan goyah barisan ini kerana kita

yakin bahawa rakyat kini semakin bijak menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu

intan.

"Terlebih penting, apabila rakyat menghakimi dengan bijak nanti dan terus bersatu hati

dengan kerajaan ini, barulah terbentang luas masa hadapan Malaysia yang cerah, saujana

mata memandang," katanya yang mendapat sorakan gamat dalam Dewan Rakyat.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag