KUCHING - Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya mencipta sebuah aplikasi buku teks yang
bertujuan untuk mengurangkan penggunaan buku tekas dalam bentuk fizikal.
Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Malaysia Global Innovation dan Creative Centre
(MaGIC) di Borneo774, Bintawa, Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, berhasil membangunkan aplikasi
tersebut dalam tempoh dua minggu.
Menurut Zulfadzli, idea tersebut muncul daripada pengalamannya sendiri yang kurang gemar
membaca buku teks kerana berasa cepat bosan dan mengantuk.
"Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk merealisasikan impian itu. Saya ada idea
tetapi tidak tahu bagaimana untuk membangunkan aplikasi serta menulis kod untuk perisian
itu," ujarnya.
Ahmad Zulfadzli bersama ibunya yang berkunjung ke Borneo744 bagi meminta pandangan
berkenaan hal itu berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat program untuk
mempelajari prinsip asas pengekodan ditawarkan secara percuma di sana.
Jelasnya, guru tidak lagi perlu menanda setiap latihan dan kertas peperiksaan selain dari
murid tidak perlu membawa buku ke sekolah dan berdepan dengan masalah kehilangan buku dan
alat tulis.
"Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golonagan pelajar seperti sekolah
rendah, menengah dan pelajar universiti.
"Untuk permulaan, buku teks subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains
sudah diprogramkan dalam aplikasi itu. Subjek lain akan menyusul kemudian," ujarnya lagi.
Rekaan Zulfadzli itu melayakkan beliau memenangi kategori junior di Hack Weekend KCH iaitu
pertandingan hackathon yang dianjurkan sempena Forum Remaja Tegas 2017 di Pusat Konvensyen
Borneo pada 14 Oktober lalu.
Zulfadzli kini dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya bagi membantu usahawan
kecil di Sarawak untuk memasarkan produk merek
Sumber- The Star
Ulasan
Catat Ulasan