Langkau ke kandungan utama

Usahawan desa perlu teroka pasaran dunia: PM



         PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD)
          2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Muhd Zaaba
                                                                              Zakeria


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited membantu mengembangkan

produk dan perkhidmatan usahawan desa supaya memiliki standard global untuk menembusi

pasaran dunia.

Perdana Menteri berkata, untuk mencapai tahap antarabangsa, usahawan perlu memiliki tiga

DNA Keusahawanan Desa Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berjaya, termasuk memperhebat

kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk dan perkhidmatan.

Katanya, kreativiti dan inovasi adalah DNA cukup mustahak untuk kekal relevan bersaing

dalam dunia yang semakin kompetitif.

Beliau berkata, memaksimumkan penggunaan teknologi dan digital dalam perniagaan juga

penting kerana landskap ekonomi digital menjadikan usahawan lebih berdaya saing dan

berupaya menakluk pasaran baharu yang belum diterokai.

"Usahawan desa perlu meningkatkan daya saing dan memperkukuh daya tahan dalam menghadapi

landskap ekonomi baharu. Inilah DNA yang penting untuk membawa usahawan kita ke mercu

kejayaan demi kejayaan.

"Daya saing dan daya tahan adalah pengukur yang membezakan kemampuan di sebalik setiap

kejatuhan dan kebangkitan dihadapi usahawan sejati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 di

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

dan dua timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi serta Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Najib berkata, kerajaan kekal komited memberi sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi

kepada industri keusahawanan, terutama usahawan desa supaya terus berkembang menjadi

pemain global.

Sebagai contoh, katanya, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), kerajaan

memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion bagi pelaksanaan program pembangunan keusahawanan

untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM520.1 juta adalah program keusahawanan MARA,

manakala bakinya berjumlah RM521.12 juta dilaksanakan oleh KKLW dan agensi di bawahnya.

Perdana Menteri berkata, seramai 3,796 usahawan luar bandar memperoleh manfaat Skim

Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) yang membabitkan jumlah keseluruhan RM382.4 juta sejak 2001.

"Berita baik dan menarik untuk merancakkan keusahawanan negara khususnya usahawan desa

akan diumumkan dalam Bajet 2018, Insya-Allah," katanya.

Najib turut meminta 1,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merebut peluang

disenaraikan di platform e-dagang, Alibaba.com untuk memasuki pasaran global menerusi Zon

Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

Katanya, DFTZ yang dilancarkan 3 November ini adalah hab ekonomi digital pertama di luar

China menerusi inisiatif Kuala Lumpur Internet City akan dimajukan di Bandar Malaysia

sebagai hab e-dagang terhebat di dunia.

"Saya beri jaminan parti pemerintah kini satu-satunya parti yang ada agenda tersusun untuk

usahawan desa.

"Jika keusahawanan desa menawarkan produk, saya juga ada produk yang ditawarkan apabila

tiba masanya untuk mengekalkan kerajaan sedia ada bagi meneruskan agenda kita," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...