Langkau ke kandungan utama

Pesawat Hawk terhempas kerana isu teknikal

TAN Sri Affendi Buang memeriksa perbarisan ketika hadir pada majlis penganugerahan sayap
penerbangan Kuartermaster Udara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan.- Foto
Farizul Hafiz Awang
TAN Sri Affendi Buang memakaikan sayap kepada peserta ketika hadir pada majlis
penganugerahan sayap penerbangan Kuartermaster Udara di Pangkalan Tentera Udara Diraja
Malaysia, Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang




KUANTAN: Masalah teknikal pada rangka sawat dikenal pasti menjadi punca pesawat Hawk 108

M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas yang mengorbankan dua

juruterbangnya pada 15 Jun lalu.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang, berkata masalah berkenaan dikesan menerusi

siasatan terperinci pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengenal pasti punca dan

memperbaikinya supaya kejadian sama dapat dielakkan pada masa hadapan.

"Ia (punca kejadian) menjurus kepada masalah teknikal pada bahagian rangka sawat pesawat

terbabit, sebagai tindakan susulan kita sudah membuat penyelenggaraan terhadap dua pesawat

Hawk 108 M40-02 pada bulan lalu.

"Pesawat berkenaan sudah diuji dan dalam keadaan baik, kita akan membuat penyelenggaraan

terhadap semua pesawat jenis sama secara berperingkat," katanya pada sidang media selepas

majlis penyampaian sijil dan sayap penerbangan Kuartermaster udara di Pangkalan Udara

Kuantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 15 Jun lalu itu, dua juruterbang TUDM, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar

Mohd Hasri Zahari terkorban selepas pesawat Hawk 108 M40-02 dikendalikan mereka dalam

latihan terhempas di Chukai, Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Affendi berkata, pusat pemerintahan Markas Udara Satu yang

sebelum ini di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi akan dipindahkan ke Pangkalan

Udara Kuantan pada tahun hadapan.

"Pemindahan ini turut membabitkan 200 pegawai dan anggota markas berkenaan, sehubungan itu

kita melakukan proses penambahbaikan di Pangkalan Udara Kuantan sebagai persediaan.

"Kita membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan dirobohkan dan kuarters,

diharapkan ia dapat disiapkan pada penghujung tahun supaya perancangan memindahkan pusat

pemerintahan Markas Wilayah Satu dapat dilakukan pada tahun hadapan," katanya.

Beliau juga berkata, projek menaik taraf itu bukan hanya membabitkan Pangkalan Udara

Kuantan tetapi di seluruh negara yang dapat dilaksanakan menerusi pertukaran tanah di

Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang dibangunkan dengan projek Bandar Malaysia.

"Ia dapat memberikan kemudahan lebih baik kepada pegawai serta anggota dan pada masa sama

meningkatkan tahap kesiapsiagaan TUDM dalam menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag