Langkau ke kandungan utama

Shafie Apdal dijangka beri keterangan petang ini


DATUK Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Asyraf Hamzah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijadual hadir

ke pejabat SPRM Sabah jam 5 petang ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes

penyelewengan dana awam di Sabah.

Sumber memberitahu BH, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dijangka tiba

dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 2.30 petang

ini sebelum ke pejabat SPRM.

Mohd Shafie, 60, sebelum ini menyatakan kesediaan membantu siasatan SPRM berhubung kes

berkenaan, namun mempersoalkan mengapa siasatan dijalankan ketika beliau tidak lagi berada

dalam kerajaan.

Setakat ini, sembilan individu ditahan SPRM berhubung kes berkenaan termasuk dua adik Mohd

Shafie, iaitu ahli perniagaan Hamid Apdal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad

Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal.

Turut ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk

Mohd Azis Jamman selain Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO

Tawau, Ariffin Kassim.

Mereka bersama tiga lagi individu disiasat berkaitan kes penyelewengan dana awam projek

pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalur menerusi Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Mohd Shafie, Ahli Parlimen Semporna yang juga bekas Naib Presiden UMNO menjadi Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 10 April 2009 hingga 29 Julai 2015.

Beliau kemudian meninggalkan UMNO selepas digantung keahlian dalam parti sebelum

menubuhkan Parti Warisan yang berasaskan perjuangan hak Sabah, dengan disertai beberapa

pemimpin pembangkang daripada DAP dan PKR.

Sebelum ini BH melaporkan, sebanyak 350 projek KKLW membabitkan 170 projek bekalan air,

jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan

kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM.

Satu daripada projek yang dikenal pasti ialah pembinaan sebuah loji air bernilai RM45 juta

di Sungai Intan, Semporna yang tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang

mengakibatkan sumber air tidak mencukupi.

Lebih 50 individu sudah dipanggil memberi kenyataan kepada SPRM sejak kes itu dibongkar

pada awal bulan ini.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...