Langkau ke kandungan utama

B.O.S mahu gegar Shah Alam


SEBAHAGIAN penyokong setia JDT akan menggegarkan Stadium Shah Alam selaku pemain ke-12
dalam pertembungan menentang Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini. . - Foto
Mohd Azren Jamaludin


JOHOR BAHRU: Lebih 4,000 penyokong setia Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menggelarkan diri

mereka Boys Of Straits (B.O.S) akan menggegarkan Stadium Shah Alam selaku pemain ke-12

dalam pertembungan menentang Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Lebih menarik, kali ini B.O.S berjanji untuk memberikan kejutan kepada penyokong dan

pemain di stadium dan akan sentiasa memberi sorakan padu sebaik wisel permainan ditiupkan

sehingga tamat perlawanan.

"Untuk final di Shah Alam, saya menjangkakan lebih 4,000 komrad (penyokong) dari 10 daerah

di Johor, satu kumpulan dari utara dan paling istimewa kami dapat kumpulkan penyokong JDT

dari Singapura.

"Pembabitan penyokong B.O.S dari Singapura adalah pertama kali dan sesuai dengan kehendak

pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan

pasukan ini untuk semua (JDT for all).

"Kami ada buat sesuatu yang mungkin akan memberi kejutan kepada semua penyokong di

stadium, selain itu kami cuba membabitkan 30,000 penyokong JDT dalam stadium untuk turut

serta memeriahkan malam final nanti," kata jurucakap B.O.S, Farahin Johar, hari ini.

Kehadiran B.O.S yang sebelum ini sentiasa mengikuti pasukan dalam setiap perlawanan

termasuk di Tajikistan, Jepun, Hong Kong dan Kuwait sememangnya diakui antara pemangkin

semangat buat pemain Harimau Selatan melalui sorakan tanpa henti sepanjang permainan.

Farahin, 34, berkata, sebagai penyokong mereka mengharapkan pemain JDT dapat membawa

pulang trofi itu selepas kali terakhir 1991.

"Kami menyokong apa yang TMJ cakap, piala ini bukan keutamaan kepada rakyat Johor.

"Bagi kami, kalau menang, ia satu bonus untuk JDT kerana ada dalam senarai pemenang Piala

Malaysia, kalau kalah pun tak jadi masalah kerana kami B.O.S diwujudkan untuk sentiasa

bersama pasukan tak kira menang atau kalah," katanya.

Selain itu, Farahin menyeru semua penyokong tidak melakukan sebarang provokasi dan menjaga

nama baik pasukan dan TMJ kerana ia sekadar permainan bola sepak.

Baginya, perlu wujud semangat kesukanan ketika menyokong pasukan masing-masing yang

beraksi pada final nanti.

SUMBER:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...