Langkau ke kandungan utama

Bekas pemimpin tuduh tanpa fakta - PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan para tetamu pada Majlis Makan
Malam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sebuah hotel terkemuka malam ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin negara membuat tuduhan tanpa fakta termasuk kononnya Malaysia

adalah antara 10 negara paling korup di dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ketika dicabar untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan

berkenaan, individu terbabit gagal berbuat demikian kerana ia 'mengarut'.

Berdasarkan Penarafan Terkini Transparensi Antarabangsa, katanya, Malaysia tidak disenarai

antara 10 atau 100 negara paling korup, sebaliknya berada dalam kelompok ketiga negara

kurang rasuah, dan berkedudukan ke-55 daripada 176 negara yang lain.

"Beliau (bekas pemimpin negara) membuat pelbagai dakwaan mengenai kerajaan. Salah satu

daripadanya ialah Malaysia akan muflis.

"Walaupun saya fikir Bank Dunia mengatakan ekonomi Malaysia dipertingkatkan daripada sudut

kekuatan, rakyat boleh mengetahui kebenarannya (dakwaan muflis), katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini, malam ini.

Turut hadir Presiden UNAM, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan Timbalannya,

Tan Sri Razali Ismail.

Mengulas lanjut, Najib berkata, adalah sesuatu yang 'malang' ketika ini rakyat hidup dalam

era penyebaran berita palsu.

Dari semasa ke semasa, katanya, beberapa agensi media antarabangsa menyiarkan laporan

hasil sesi temubual bersama bekas pemimpin negara yang menyebarkan berita palsu dan

membohong demi kepentingan politik.

"Bekas pemimpin negara itu sudah terbabit dalam misi itu hampir tiga tahun dengan tujuan

untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Apabila beliau sudah menggunakan semua kaedah yang ada, dan gagal setiap kali beliau

menggunakan media organisasi sedia ada yang mahu mendengar dakwaannya.

"(Ia menyediakan platform) untuk beliau menyebarkan berita palsu demi kepentingan politik.

"Beliau berfikiran jika penipuan itu dibuat secara berterusan, rakyat akan mula

mempercayainya sebagai dakwaan benar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata kaedah urus tadbir yang baik menjadi antara polisi

utama kerajaan sejak diterajuinya pada 2009.

"Sejurus selepas itu, saya memperkenalkan tiga inisiatif utama, di mana semuanya menjadi

kepentingan kepada sistem urus tadbir yang baik di negara ini.

"Pertama, konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; kedua, Program

Transformasi Kerajaan.

"Ketiga, Program Transformasi Ekonomi," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag