Langkau ke kandungan utama

Wujudkan "firewall" atasi judi dalam talian: TPM


SERDANG: Kerajaan akan bekerjasama dengan Interpol dan syarikat telekomunikasi untuk

membangunkan 'firewall' bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian yang semakin

parah.

Pada masa sama, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 akan dipinda bagi menangani kegiatan

perjudian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam

Negeri, berkata kerajaan memandang serius kegiatan perjudian dalam talian kerana kaitannya

dengan jenayah rentas sempadan.

Katanya, laporan Ketua Polis Negara menunjukkan perjudian melalui kaedah bukan

konvensional telefon pintar (online) menguasai aktiviti perjudian.

"Di belakang taukeh judi adalah kongsi gelap. Ia (perjudian) membiayai kegiatan kongsi

gelap termasuk penyeludupan senjata, manusia dan dadah.

"Ada hubung kait kegiatan judi dengan jenayah lain dan sebab itu kita beri tumpuan dalam

hal ini.

"Ketua Polis Negara baru dilantik, salah satu tumpuannya ialah membanteras perjudian dan

ikut laporannya 5,913 operasi di seluruh negara dilakukan (sejak mengetuai PDRM 4

September lalu)," katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Transformasi Nasional

2050 Kluster Keselamatan Bersama Belia di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid ditanya mengenai perjudian dalam talian dan isu 'sembilan dragon' yang

dilaporkan mengawal perjudian tanpa lesen dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini

seperti didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selain didakwa berpengaruh

di dalam pihak penguat kuasa.

Dialog TN50 Kluster Keselamatan yang dihadiri lebih 2,000 belia dan menyaksikan 17 isu

dibangkitkan kepada Ahmad Zahid, dikendalikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin

selaku moderator.

Mengulas lanjut isu itu, Ahmad Zahid berkata kegiatan perjudian dalam talian berpangkalan

di Macau, Las Vegas dan sebuah negara di rantau Asia.

Katanya, itu menyebabkan kenapa pihak polis perlu bekerjasama dengan Interpol untuk

menangani kegiatan berkenaan.

"Ia mengancam institusi keluarga (hingga) runtuh, pengaliran wang keluar dan keberhutangan

jika tak dapat bayar. Ini aspek jenayah yang kita hadapi," katanya.

Ahmad Zahid berkata seramai 416 penjenayah yang terbabit dengan perjudian Macau dihantar

pulang ke China dengan kerjasama MPS (Ministry of Public Security China) dengan 100 lagi

masih ditahan untuk siasatan.

menjawab soalan, Ahmad Zahid berkata negeri Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan paling

banyak kes judi.

Bagaimanapun, ada negeri yang bebas daripada kegiatan perjudian tanpa lesen seperti

Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Terdahulu ketika sesi dialog TN50, Ahmad Zahid menegaskan pihak bersikap "talam dua muka"

tidak akan mempunyai tempat di dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) seperti dinyatakan Ketua

Polis Negara sebelum ini.

Katanya, kerajaan kini menumpukan usaha kepada aspek mencegah dalam setiap pendekatannya

bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag