Langkau ke kandungan utama

Musa hargai peruntukan besar untuk Sabah


KETUA Menteri, Tan Sri Musa Aman pada sidang media selepas menyaksikan siaran langsung
pembentangan Bajet 2018 di Sri Gaya, Kota Kinabalu, sebentar tadi. - Foto Mohd Adam Arinin



KOTA KINABALU: Sabah menyifatkan Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Razak sebagai bajet yang inklusif, realistik dan komprehensif berdasarkan beberapa

tunjang yang digariskan.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata kerajaan negeri bagi pihak rakyat Sabah turut

merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin kepada

keperluan pembangunan negeri serta kepentingan penduduk Sabah.

"Antaranya pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk

sekolah daif di negeri ini.

"Begitu juga peruntukan besar untuk perumahan rakyat, jambatan, jalan kampung, Kawasan

Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta penyeragaman harga dan 1AZAM," katanya

kepada media selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2018 di Sri Gaya, di

sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond

Tan Shu Kiah; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi

Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad

serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, kerajaan Sabah turut menyambut baik

langkah untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan Sabah-Labuan yang

dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi, khususnya di kawasan berkaitan.

Katanya, Bajet 2018 jelas membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan Barisan

Nasional (BN) yang sentiasa meletakkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat sebagai

teras utamanya.

"Ini bermakna dalam apa juga keadaan ekonomi, kerajaan tidak berkompromi dalam soal

melindungi dan membela nasib rakyat.

"Dalam masa sama, kerajaan tetap beriltizam untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan

mensejahterakan rakyat dengan beberapa langkah yang diumumkan tadi," katanya.

sumber: BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...