Langkau ke kandungan utama

5 Foto Yang Pernah Mencetus Kontroversi


Setiap gambar yang diambil oleh jurugambar professional untuk tatapan umum selalunya

mengandungi pelbagai mesej yang tersurat. Namun, 5 gambar di bawah ini telah mencetuskan

kontroversi dan menjadi kemarahan masyarakat dunia kerana dianggap membawa maksud yang

tidak baik dan melanggar sensitiviti sesetengah individu.

1. Brooke Shields


Foto model dan selebriti terkenal ini menjadi foto paling kontroversi sepanjang zaman.

Pada 1975, seorang jurugambar fesyen Amerika bernama Garry Gross telah mengambil gambar-

gambar bogel Brooke  Shields yang baru berusia 10 tahun pada ketika itu. Foto tersebut

diambil untuk sebuah projek bertajuk The Woman in the Child dan telah mendapat keizinan

dari ibu Shields sendiri, Teri Shields. Foto tersebut menampilkan Shield berdiri dan duduk

di atas tab mandi, memakai alat solek dan dilumur dengan minyak. Gambar-gambar tersebut

telah dipaaprkan dalam majalah Little Women dan Sugar and Spice.



2. Piss Christ


Andres Serrano merupakan seorang jurugambar yang terkenal kerana menggunakan tahi, air

kencing, darah dan mayat manusia sebenar dalam setiap hasil kerjanya. Serrano dibesarkan

dalam sebuah keluarga katolik yang warak. Pada tahun 1987, Serrano mencetuskan kontroversi

selepas menghasilkan gambar bertajuk Piss Christ. Imej tersebut memaparkan salib yang

telah direndam di dalam air kencing. Selain itu, dalam siri foto-foto tersebut juga ada

memaparkan gambar salib yang direndam di dalam pelbagai cecair termasuk susu, darah dan

air kencing. Akibat tindakan beraninya, Serrano pernah mendapat ugutan bunuh dari penganut

Kristian yang tersingung dengan perbuatannya.

3. Samar Hassan


Pada 2005, seorang jurugambar Amerika bernama Christ Hondros telah pergi ke Iraq . Tanggal

18 Januari 2005, semasa dalam perjalanan ke Tal Afar, Hondros menyaksikan sebuah kereta

gagal berhenti semasa melalui pusat pemeriksaan Amerika Syarikat. Tentera Amerika telah

menembak kereta tersebut kerana khuatir akan kehadiran pengebom berani mati berada di

dalam kereta tersebut. Walaubagaimanapun, anggapan tentera Amerika tersebut ternyata

salah. Kereta tersebut sebenarnya membawa sebuah keluarga. Perbuatan terburu-buru tentera

tersebut telah mengorbankan sepasang suami isteri dan mencederakan salah seorang dari anak

mereka. Hondros yang menyaksikan kejadian tragik itu pantas mengambil gambar Samar Hassan,

anak kepada pasangan tersebut yang masih lagi dibasahi darah orang tuanya. Foto tersebut

menimbulkan kontroversi dan tersebar dengan pantas sebaik sahaja disiarkan.

4. Sowoneul Malhaebwa (Genie) Cover


Pada tahun 2009, kumpulan popular Korea, Girl's Generation telah mencetus kontroversi

selepas tampil dengan gambar-gambar bertema tentera. Gambar tersebut diambil untuk kulit

album mini mereka, Sowoneul Malhaibwa. Dalam foto tersebut kelihatan sebuah pesawat yang

dilihat menyerupai eplika Japan's A6M Zero. Selain itu, gadis-gadis tersebut juga memakai

aksesori dan topi yang mempunyai simbol Third Reich dan Parti Nazi.

5. Foto 9/11 Thomas Hoepker


Thomas Hoepker merupakan jurugambar kelahiran Jerman. Tanggal 11 September 2001, Hoepker

berada di New York semasa menara World Trade Centre diserang. Hoepker mengambil ratusan

gambar semasa tragedi itu berlaku, namun terdapat satu foto yang paling menonjol dan

mencetuskan kontroversi. Foto tersebut menggambarkan rakyat Amerika sedang duduk dengan

relax sambil berbual dan menyaksikan keruntuhan menara WTC. Hoepker menyimpan foto

tersebut selama 5 tahun. Foto tersebut begitu kontroversi dalam kalangan media Amerika di

mana ia menunjukkan kegagalan negara kuasa besar tersebut mendidik generasi muda.

sumber:xander

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag