Langkau ke kandungan utama

Shafie Apdal bebas dengan jaminan



KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang

direman berhubung siasatan penyelewengan dana awam di Sabah sejak 20 Oktober lalu,

dibebaskan dengan jaminan RM100,000 pagi ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus, turut memerintahkan Mohd Shafie membayar deposit RM80,000

sebelum Ahli Parlimen Semporna itu dibawa keluar anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) pada jam 9.45 pagi.

Mohd Shafie sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi dan

dibawa ke Mahkamah Majistret 1 bagi mendapatkan perintah bebas tahanan reman dan

menetapkan jaminan SPRM.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan selepas memberi keterangan di

pejabat SPRM Sabah pada 19 Oktober lalu sebelum direman empat hari bermula 20 Oktober

hingga 23 Oktober dan dilanjut empat hari hingga hari ini.

Penahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan

penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di

Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara

tahun 2009 hingga 2015.

Shafie diwakili peguam Loretto J Padua, Martin Tommy dan Zakaria Ismail, manakala SPRM

oleh Pegawai Pendakwaan, Mohd Faliq Basiruddin.

Mohd Shafie adalah individu terakhir dibebaskan dengan jaminan SPRM daripada 13 orang yang

ditahan reman berhubung siasatan kes itu sejak 6 Oktober lalu.

Antara yang turut ditahan sebelum ini ialah adik Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan ahli perniagaan, Hamid Apdal serta

dua bekas setiausaha Mohd Shafie yang ditahan di Putrajaya.

Individu lain ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk

Mohd Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin

Kassim; bekas setiausaha bahagian KKLW, seorang jurutera dan dua lagi ahli perniagaan.

Kira-kira 200 penyokong Warisan berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak jam 8.30 pagi

tadi termasuk beberapa pemimpin parti itu.

Turut berada di mahkamah menunggu Mohd Shafie ialah Peter, Mohd Azis dan seorang lagi Naib

Presiden Warisan yang juga ADUN Likas, Junz Wong.

Dalam hal berkaitan, Loretto yang juga Setiausaha Agung Warisan berkata, Mohd Shafie

dijadual menyertai beberapa aktiviti dirancang parti itu dan belum dipastikan sama ada

beliau akan ke Parlimen bagi mengikuti pembentangan Bajet 2018 petang ini.

"Kami belum tahu sama ada beliau akan ke Parlimen sebab mungkin tidak sempat kerana masih

banyak proses perlu dilalui selepas ini di pejabat SPRM dan kita juga ada merancang

beberapa aktiviti bersamanya," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag