Langkau ke kandungan utama

Budak 13 tahun dirogol abang tiri hingga lahirkan anak


BALING: Polis menahan dua beradik dipercayai menjadikan adik tiri mereka sebagai hamba

seks sejak 2015 sehingga melahirkan bayi lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)

Sungai Petani, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata perkara itu

terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya kerana sakit

perut sebelum dibawa ke hospital, jam 3.30 pagi.

Katanya, mangsa kemudian bersalin 10 jam kemudian susulan pemeriksaan dilakukan, doktor

mengesahkan mangsa mengandung hingga menyebabkan ibu tirinya terkejut kerana selama ini

tubuh mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Siasatan awal, mangsa memaklumkan dia dirogol abang tirinya berusia 15 dan 13 tahun lebih

30 kali setiap seorang sejak pertengahan tahun 2015 sehingga Disember 2016.

"Mangsa yang tinggal di Kuala Ketil, di sini, dirogol kedua-dua abang tirinya ketika ibu

bapa mereka tiada di rumah.

"Sepasukan anggota kemudian menahan kedua-dua suspek di rumah mereka hari yang sama jam 12

tengah hari," katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Shariffuddin berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2

November depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang

memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...