Menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak, kerajaan dicadangkan agar menaikkan harga rokok sehingga RM 50 sekotak bagi
membantu usaha membendung gejala dadah melibatkan remaja dan belia.
Cadangan itu dikemukakan oleh Ahmad Saparudin Yusuf yang juga Setiausaha Agung Majlis
Belia Malaysia (MBM). Cadangan tersebut diutarakan olehnya bagi menjadikan rokok sebagai
barang jualan yang mahal dan tidak mampu dibeli seihingga menyukarkan remaja dan belia
untuk mendapatkannya.
Ujarnya lagi, melalui pengalaman dan perbincagan dengan pelbagai pihak antaranya
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan anak luar nikah, penagihan dadah dan virus HIV,
kebanyakkan masalah tersebut berlaku berpunca daripada rokok, selain turut menjadi
penyebab kepada beberapa masalah kesihatan dalm kalangan masyarakat.
“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan
berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya lagi.
Sumber : Utusan Online
Ulasan
Catat Ulasan