Langkau ke kandungan utama

Sohaimi Shahadan cedera ditikam



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan cedera ditikam seorang

lelaki yang disyaki mengalami masalah mental di hadapan rumah jirannya di Taman Desa

Moccis, Sungai Buloh malam tadi.

Sohaimi, 48, cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan dirawat di

sebuah hospital swasta di Damansara.

Isteri beliau, Datin Ruby Arshad, 48, berkata kejadian bermula apabila adik iparnya

dibaling dengan batu oleh suspek yang juga anak jirannya kira-kira pada jam 8.30 malam

ketika dia sedang berbual bersama pemandu suami saya.

"Kemudian suami saya membawa beberapa saudara pergi ke rumah suspek untuk memaklumkan dan

menegur perbuatan suspek kepada ibu bapanya.

"Ketika suami saya mengetuk pintu rumah suspek, ibu suspek membuka pintu dan secara tiba-

tiba suspek meluru dari arah belakang dengan bersenjatakan pisau dapur.

"Suami saya mengelak tikaman tetapi terkena di bahagian belakang telinga dan bahunya

sementara adik ipar saya cedera di bahagian muka apabila dia cuba menepis tikaman suspek,"

katanya ketika ditemui di wad kecemasan sebentar tadi.

Ruby berkata, Sohaimi berada dalam keadaan stabil sementara adik iparnya sedang menerima

rawatan.

"Suami saya dibawa oleh pemandunya ke hospital selepas kejadian berkenaan.

"Saya pula tinggal di rumah bagi menunggu polis datang bagi menjalankan siasatan, tidak

lama kemudian polis menahan suspek," katanya.

Sehubungan itu, menurut sumber polis, setakat ini kes tidak diklasifikasikan sebagai kes

jenayah.

Bagaimana pun siasatan akan tetap diteruskan bagi mencari punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam ketika

dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kita sudah tahan suspek yang berusia 27 tahun, dipercayai suspek mempunyai masalah mental

dan tidak mempunyai pekerjaan.

"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang motif dan kes disiasat mengikut Seksyen 326

Kanun Keseksaan," katanya

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...