Langkau ke kandungan utama

JDT, Kedah tentukan siapa Raja Bola Sepak Malaysia


AKSI kedua-dua pasukan bakal tentukan siapa Raja Bola Sepak Malaysia bagi memburu kejuaraan trofi berprestij itu, 4 November ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat


JOHOR BAHRU: Bekas pemain Johor, Rizal Sukiman menganggap pertembungan antara Johor Darul

Ta'zim (JDT) dengan Kedah pada final Piala Malaysia, Sabtu ini bukan sekadar memburu

kejuaraan trofi berprestij itu semata-mata.

Malah beliau menganggap pertemuan juara Liga Super dan juara Piala FA itu bakal menentukan

status kuasa bola sepak di Malaysia.

"Pada saya ini bukan sekadar final, sebaliknya ia berkaitan dengan kuasa bola sepak di

Malaysia. JDT juara Liga Super serta Kedah juara Piala FA dan pada saya siapa yang menang

di final nanti, mereka adalah Raja Bola Sepak Malaysia," katanya hari ini.

Rizal, 45, adalah antara pemain dalam skuad juara Piala Malaysia Johor pada 1991 yang

menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Merdeka.

Dan itu adalah kali terakhir trofi berprestij itu singgah ke bumi Johor selepas usaha JDT

dihalang Pahang pada final 2014 dengan kekalahan menerusi sepakan penalti 3-5 selepas aksi

terikat 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rizal yang turut membantu Johor menjulang trofi Piala FA pada 1998 berkata, peluang JDT

untuk merampas kejuaraan dari Kedah cerah berdasarkan prestasi semasa.

"Kalau pemain JDT bermain di tahap terbaik mereka, tiada pasukan di Malaysia yang boleh

menewaskan mereka kerana itu saya menganggap peluang mereka untuk menang di final ini 60-

40.

"Pada saya pemain JDT tidak perlu bimbang memikirkan kekuatan pasukan lawan, sebaliknya

hanya fokus untuk beri aksi terbaik mereka," kata bekas pemain kebangsaan itu.

Ini kali kedua skuad Harimau Selatan bertemu Kedah bagi perebutan piala tahun ini apabila

mereka tewas pada aksi Piala Sumbangsih, Januari lalu menerusi penentuan sepakan penalti

4-5 selepas permainan terikat 1-1.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag