Langkau ke kandungan utama

Hina sultan: Remaja didenda





IPOH: Seorang pelajar tingkatan enam didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari

ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Perak dalam laman

sosial, enam hari lalu.

Majistret Siti Hafizah Jaafar turut memerintahkan pelajar lelaki sebuah sekolah di Muar,

Johor, itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Twitter secara sedar membuat dan menghantar komen

bersifat jelik iaitu 'Sultan Perak pun bodoh' di laman

http://mobile.twitter.com/farhaleigh

 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada jam 10.30 malam

pada 13 Oktober lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta

588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda

maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras manakala tertuduh diwakili

peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Awatif Ahmad Bashir.

Terdahulu, Siti Hafizah meminta tertuduh menyebut lima prinsip Rukun Negara di dalam

mahkamah dan bertanya sama ada dia memahami prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara

itu.

Beliau juga menjelaskan tindakan tertuduh itu menyalahi prinsip kelima iaitu Kesopanan dan

Kesusilaan serta ramai anggota masyarakat turut mengabaikannya sehingga sanggup

mengeluarkan kenyataan angkuh serta menghina orang lain.

"Berdasarkan pertuduhan, awak sepatutnya boleh dipenjarakan tetapi disebabkan usia yang

masih muda, mahkamah cuba menghindarkan hukuman itu demi masa depan kamu.

"Bagaimanapun, hukuman setimpal perlu diberikan sebagai pengajaran," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag