Langkau ke kandungan utama

Putera Harry tidak akan terjadi?


Prince Harry dan Meghan Markle

Khabar angin tentang Putera Harry melamar Meghan Markle sudah riuh diperkatakan sejak

beberapa minggu kebelakangan ini. Secara umumnya, orang ramai yakin bahawa kesepakatan

telah dicapai dan pertunangan di antara merpati dua sejoli itu akan berlaku. Malah, ada

juga yang percaya bahawa Harry dan Meghan sudah pun bertunang dan hanya menanti hari untuk

membuat pengumuman rasmi.

Tapi, apa agaknya yang membuatkan mereka masih juga belum mengumumkan berita gembira itu?

Harry mungkin tidak akan berkesempatan menaiki takhta, namun perkahwinan adik Putera

William ini masih satu perkara yang dianggap penting bagi empayar Britain. Persetujuan

beberapa pihak masih diperlukan sebelum sebarang pengumuman dibuat.

Walaupun diterima dengan baik oleh Ratu Elizabeth, Meghan bukanlah seorang calon yang

boleh dikatakan menepati semua syarat. Ada tiga isu yang mungkin menyebabkan kenapa

pertunangan Harry dan Meghan masih belum diumumkan.

Yang pertama ialah, Meghan bukan warga Britain.

Bagi yang mengikuti sejarah diraja Britain pasti masih ingat kisah Raja Edward VIII yang

diminta melepaskan takhta untuk mengahwini Wallis Simpson, seorang warga Amerika. Dalam

kes ini, walau bagaimanapun, isu besarnya bukanlah kerana Wallis dari Amerika kerana tidak

ada peraturan jelas yang menghalang kerabat diraja daripada berpasangan dengan warga

asing.

Sebenarnya, sebab utama kenapa Raja Edward VIII terpaksa meninggalkan takhta kerana Wallis

adalah seorang janda. Begitu juga Meghan!

Pelakon berusia 36 tahun itu pernah berkahwin dengan aktor Trevor Engelson pada 2013, dan

bekas suaminya itu sudah pun mula menjengkelkan keluarga diraja. Peminat drama bersiri The

Crown mungkin sudah tahu mengenai polisi diraja berkenaan mengahwini janda. Ini dilarang

keras!

The Crown memaparkan kisah percintaan di antara Puteri Margaret, saudara perempuan Ratu

Elizabeth II dan Kapten Peter Townsend, seorang juruterbang. Pasangan tersebut dilarang

berkahwin kerana Peter seorang duda. Melalui surat-surat yang ditulis ketika itu, didapati

bahawa Ratu Britain akan membenarkan pernikahan itu berlangsung sekiranya Margaret

melepaskan haknya untuk menaiki takhta.

Namun, itu adalah kisah lama dan jika terpaksa membuat keputusan begitu sekali lagi dalam

kes Harry dan Meghan, ada kemungkinan Ratu Elizabeth akan membuat pilihan yang berbeza.

Sebab ketiga yang berpotensi memisahkan Meghan dan Harry adalah kerana Meghan berfahaman

Katolik. Tidak lama dahulu kenyataan yang satu ini memang sesungguhnya akan memisahkan

mereka tetapi mujurlah, peraturan yang menghalang keluarga diraja Britain daripada

mengahwini seorang Katolik telah dibubarkan oleh Ratu Elizabeth pada 2013.

Namun, ramai yang menegaskan bahawa hal ini masih menjadi isu sekiranya pasangan tersebut

mempunyai anak, kerana anak tersebut harus dibesarkan di bawah mazhab Gereja England.

Tetapi jika difikir-fikirkan, Meghan juga tidak nampak seperti masih mempraktikkan

Katolik. Jadi, hal perbezaan mazhab ini mungkin boleh diatasi.

Walau-apapun, ramai yang berharap agar Meghan dan Harry akhirnya membuat pengumuman yang

dinanti-nanti. Ada lelaki di luar sana yang berharap mereka mempunyai alasan yang kukuh

untuk mengelak daripada melamar dan berkahwin, tetapi rasa-rasanya Putera Harry bukan

jenis yang begitu. Apa pendapat anda?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...