Langkau ke kandungan utama

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri.



Siapa nak mengaku silap sendiri?  Betul tak?  Baik sorokkannya kat mana-mana, bukannya ada

orang nampak.  Tapi, ramai tak sedar, dalam kita nak menyorok kesilapan kita, makin lama,

makin banyak kita akan buat kesilapan baru.  Dan kesilapan inilah yang akan memakan diri

kita sendiri.  Kesilapan inilah yang buatkan kita tak mampu nak ubah kehidupan menjadi

lebih baik.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kami nak ajak bersama-sama muhasabah diri sikit dan

fikirkan 5 kesilapan yang manusia sering lakukan kepada diri sendiri ini.

1. Sabotaj Diri Sendiri.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 001B

Selalunya, orang yang bunuh diri sendiri ialah diri sendiri.  Macam mana pulak tu?  Dalam

diri kita selalunya ada dua suara hati.  Suara hati yang baik dan suara hati yang jahat. 

Selalunya, suara hati yang baik, sering ajak kita untuk berbuat kebaikan, nak berusaha

lebih, nak cari ilmu tapi malangnya, suara hati jahat yang selalu membunuh cita-cita kita.

Bila diri dan akal kita tak kuat, suara hati yang jahat ni akan bersuara lebih kuat dari

suara hati yang baik.  Dan tubuh badan kita akan buat tindakan ikut suara hati jahat sebab

kita gagal nak melawannya.

2. Takut.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 002B

Ramai orang biarkan ketakutan menguasai fikiran dan hati mereka.  Tak salah untuk rasa

takut, itu normal tapi membiarkan ketakutan menguasai fikiran, menguasai hati dan

perlakuan kita itu tak normal.

Masalahnya, ramai yang tak tahu, benda yang kita takutkan tu hanya didalam perasaan dan

fikiran.  Ianya tak berlaku lagi.  COntohnya, kita takut gagal dalam bisnes sedangkan kita

tak mula berbisnes lagi, kita takut sakit bila jatuh basikal, sedangkan kita tak mula

kayuh lagi.

Ingat masa kita kecil, kita hidup tanpa ketakutan.  Lihat apa perkara yang kita boleh

capai waktu itu.  Mana lingkang yang kita tak lompat, mana pokok tinggi yang kita tak

panjat.  Cuma bila dewasa, kita banyak sangat biarkan pengalaman dan faktor sekitar serta

cakap-cakap orang kuasai hati dan fikiran kita.  So jadilah kita penakut!

3.  Malas Belajar.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 003B

Orang yang malas nak tambah dan tingkatkan ilmunya adalah manusia yang sangat rugi. 

Mereka macam katak di bawah tempurung.  Duduklah dalam kegelapan dan ruang yang sempit,

dan tak tahu apa yang berlaku di luar, dan tak tahu bahawa dia boleh lompat di kawasan

yang lebih luas di luar tempurung.

Bila malas belajar, banyak peluang kita akan terlepas.  Peluang nak perbaiki diri, nak

tingkatkan pendapatan, nak tambah kejayaan dan macam-macam lagi. Ada juga orang yang rasa

bijaklah sangat, sehingga tak rasa perlu untuk menuntut ilmu.  Mereka rasa maklumat semua

ada di dalam otak atau di hujung jari sedangkan sebenarnya dia tak tahu apa yang dia tak

tahu. Orang yang malas belajar adalah orang yang sangat rugi.  Belajar bukan bermaksud

kena masuk universiti, carilah mana-mana sumber ilmu yang dah terbukti, yang ada hasil

yang anda rasa dapat bantu anda tingkatkan tahap kehidupan sendiri.

4. Buang Masa.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 004B

Ramai orang tak suka cakap tentang cita-cita mereka sebab mereka anggap ianya membuang

masa.  Memikirkan tentang cita-cita adalah perkara buang masa kerana mereka yakin cita-

cita mereka takkan tercapai!  Pelik kan?

Habis tu? Yang asyik buang masa dengan gadget dan hiburan sehingga langsung tak luangkan

masa untuk buat tindakan demi nak capai kejayaan ‘tu tak membuang masa, namanya?

Ramai orang suka buang masa dan abaikan cita-cita mereka kerana mereka tak rasa cita-cita

mereka penting.  Mereka tak rasa PERLU untuk capai cita-cita dan mereka tak faham apa

perubahan yang bakal mereka dapat bila cita-cita mereka tercapai.

5. Ambil Yang Mudah.

5 Kesilapan Manusia Sering Buat Kepada Diri Sendiri - 005B

Kita memang suka ambil yang mudah dan buat sesuatu yang senang.  Yang lebih best, kita

suka buat sesuatu yang kita dah tahu macam mana nak buat dan macam mana hasilnya.  Lebih-

lebih lagi, hasilnya itu memberi rasa cukup dan selesa kepada kita.

Inilah silapnya!  Bila kita biarkan diri kita berada di tahap selesa, dan bila kita

rasakan semua yang kita buat adalah mudah, itu tandanya kita tak meningkat dan tak maju. 

Itu tandanya kita berada di tahap yang sama, tahap pendapatan yang sama, tahap kejayaan

yang sama, dan tahap kebahagiaan yang sama.

Ditambah pula bila kita ada rasa ‘tak apa, cukuplah apa yang ada’.  Maka, lagi tak

berkembang baiklah diri kita.   Jika anda nak berjaya, anda perlu berada di dalam keadaan

yang sentiasa mencabar anda untuk buat lebih baik dari sebelumnya. Barulah ada hasil yang

lebih baik yang boleh kita banggakan.

sumber :#TeamRichworks #ResultMatters

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag