Langkau ke kandungan utama

Zamihan ancam saman Khalid




Selepas dituduh mungkin dilindungi "godfather", Zamihan Mat Zin mencabar Anggota Parlimen

Shah Alam, Khalid Samad, membuktikan dakwaan berkenaan.

Kata presiden Persatuan Ahli Sunnah Wah Jamaah (Aswaja) itu Khalid mesti menunjukkan bukti

bahawa penceramah terbabit memang dilindungi "godfather" sesuai dengan kaedah fikah Islam.

"Jika Khalid gagal berbuat demikian, ini bermakna beliau salah seorang pemimpin Parti

Amanah Negara (AMANAH) yang suka berbohong, malah gemar memfitnah individu yang berbeza

fahaman agama dengan beliau," kata Zamihan dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Okt lalu Malaysiakini melaporkan Khalid sebagai berkata ada kemungkinan Zamihan

dilindungi "godfather" - merujuk kepada pihak yang berpengaruh dalam negara.

Malah kata Khalid "godfather" terbabit cuba mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan

Iskandar bagi menyelamatkan penceramah terbabit susulan ucapan kontroversinya di sebuah

masjid di Selangor baru-baru ini.

“Ustaz Zamihan ada dia punya godfather dia, ini bukan baru, dia selamba sahaja kata orang

itu, ini... tapi tak ada tindakan yang diambil. Sampai sekarang ini hentam sultan pun

boleh.

“Godfather nak jumpa sultan nak merayu pada Sultan, nak mengadap Sultan Johor,” katanya.

Nama Zamihan memang menjadi perhatian ramai ekoran kelantangannya menyampaikan pandangan

semasa memberikan ceramah atau kuliah.

Jangan tuduh melulu

Baru-baru ini dia ditahan reman dua hari oleh polis mengikut Akta Hasutan ekoran

kenyataannya mengenai kedai dobi "mesra Muslim" serta Sultan Ibrahim.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga kemudian mengambil tindakan mengarahkan

Majlis Agama Islam Selangor membatalkan tauliah yang diberi kepada Zamihan.

Menurut kenyataan baginda yang dibuat melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah

Jais, tindakan itu dibuat melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri

Selangor) 2008.

“Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan

bin Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan bersifat rasis, kurang beradap dan

kritikan melampau terhadap institusi diraja.

“Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di masjid diraja, yang

mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Zamihan kemudian menyatakan akur kepada keputusan berkenaan dan meminta maaf kepada Sultan

Selangor.

Menurut Zamihan, Khalid turut dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka atas

kenyataan berkenaan yang disifatkannya "jelas berniat jahat dan cuba merosakkan imej"

beliau.

Jika gagal, kata Zamihan, dia akan meminta peguamnya untuk mangambil tindakan undang-

undang terhadap Khalid.

Kata Zamihan Khalid bukan saja cuba memburukkan imejnya malah dilihat suka mengambil

kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik khususnya pembangkang.

Selain jalan mahkamah Zamihan juga menyatakan kesanggupannya untuk bersemuka dengan halid

bagi mencari "kebenaran" dalam isu berkenaan.

"Wacana berkenaan boleh diadakan dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat di mana-mana

saja lokasi yang beliau tetapkan.

"Sebagai seorang pemimpin beliau harus cermat dan tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu

tanpa sebarang bukti," katanya.


sumber :malaysia kini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag