KUALA LUMPUR: Paras air di Empangan Pedu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dilapor
mencecah paras amaran menerusi bacaan 99.18 meter setakat jam 7 pagi tadi.
Berdasarkan entri akaun Twitter @JPS_InfoBanjir, bacaan itu melepasi 0.42 meter.
Kemas kini mutakhir laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran
(http://publicinfobanjir.water.gov.my) pada jam 7.45 pagi tadi menyatakan, paras sungai di
stesen Bintulu Belaga Road, Sarawak mencatat bacaan 7.45 meter, melepasi paras berjaga-
jaga 7.30 meter.
Ulasan
Catat Ulasan