Langkau ke kandungan utama

Generasi milenia ejen perubahan masa depan negara

PUTRAJAYA: Generasi milenia harus menjadi ejen transformasi nasional sekali gus mengambil

bahagian dalam mencorakkan masa depan negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata beliau percaya anak muda,

terutama dalam kalangan generasi milenia perlu mengambil tempat dan memainkan peranan

aktif dalam pembangunan arus perdana.

"Sebagai jurucakap transformasi, anda semua harus memainkan peranan seperti bercakap

perkara yang baik dan positif tentang negara malah, harus bijak menangkis hujah negatif

pihak yang tidak bertanggunggjawab.

"Selain itu, saya menyeru supaya generasi milenia memanfaatkan sebaik-baiknya penggunaan

media sosial yang memainkan peranan besar dan mampu mempengaruhi minda pembaca melalui

penulisan, propaganda atau idea kretif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana Perasmian Penutupan

Orator Milenia 2017 di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Minda, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengerusi

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merangkap Penasihat Pengerusi Aspirasi Malaysia

(Aspirasi), Datuk Seri Dr Adham Baba.

Program Orator Milenia dengan tema Minda Futuristik, Aspirasi Milenia adalah salah satu

program di bawah Siri Jelajah Milenia anjuran bersepadu oleh Yayasan Minda, Kementerian

Pendidikan dan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia.

Orento Milenia menyediakan ruang perdebatan dan percambahan idea oleh generasi milenia

dalam menyampaikan aspirasi mereka demi masa depan Malaysia.

Rosmah yang juga Penaung Yayasan Minda berkata, sebarang perkara yang disebarkan melalui

media sosial menunjukkan nilai integriti diri masing-masing.

"Amalkan budaya 'double check' sesuatu data dan maklumat yang diterima supaya kita dapat

bertanggungjawab atas maklumat yang mahu disampaikan," katanya.

Terdahulu, seramai 350 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh negara

berkongsi aspirasi milenia melalui pertandingan debat, bicara tunas dan pertandingan

pitching.

Pada majlis itu Rosmah turut menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Debat Alaf Baru,

dimenangi Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan yang membawa pulang wang tunai

RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Amin Baihaqi dari SDAR dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik (Akhir) yang membawa pulang

wang tunai RM500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Johan bagi Pertandingan Pitching dimenangi Roshah James Robert James dari Sekolah

Kebangsaan St Francis, Perak manakala juara bagi Pertandingan Tunas pula dimenangi Syed

Ali Zufar Alkaff Syed Muhammad Azani dari Sekolah Kebangsaan Kidurong, Sarawak masing-

masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...