GEORGETOWN: Mayat terakhir kejadian runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di
Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat pada jam 11.02 pagi
tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Saadon Moktar, berkata mayat satu-
satunya warga tempatan, Yuan Kuok Wern, 27, dapat dikeluarkan selepas pasukan penyelamat
berhadapan kesukaran.
"Pasukan penyelamat mengalami kesukaran sedikit untuk mengeluarkan mayat Kuok Wern kerana
tersepit di sebalik cerucuk besi dengan keseluruhan operasi mengambil masa hampir dua jam.
"Kita juga akan menggerakkan enam anjing pengesan di seluruh lokasi runtuhan bagi mengenal
pasti tiada lagi mayat tertimbus di kawasan terbabit, sebelum operasi mencari dan
menyelamat dapat ditamatkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Seramai 11 pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap
dalam kejadian runtuhan tanah, dalam kejadian di tapak pembinaan rumah mampu milik, pada
jam 8.50 pagi, kelmarin.
1248 dibaca
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mayat terakhir dalam kejadian tanah runtuh di tapak
sumber: BH
Ulasan
Catat Ulasan