Langkau ke kandungan utama

Kecil bagi orang lain, besar bagi kami



ORANG Kurang Upaya (OKU), Haizal Iskandar Abdullah, 14, menonton pembentangan bajet 2018
secara langsung menerusi televisyen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil
ditemani neneknya, Riyat Enson Abdullah, 58, di Jalan Kaki Bukit. - Foto Azhar Ramli



KUALA TERENGGANU: Kenaikan elaun kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM50, walaupun

mungkin dilihat kecil oleh orang lain, tetapi besar ertinya untuk mengurangkan bebanan

golongan itu.

Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohd Fauzi

Mansor, berkata ia dapat membantu beban kewangan golongan OKU, terutama yang tidak

mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan keluarga.

"Kita bersyukur dan gembira kerana kerajaan mendengar keluhan golongan OKU seperti kami.

Walaupun RM50 kecil nilainya bagi orang lain, bagi OKU seperti kami ia sangat bermakna.

"Ini kerana bantuan elaun pekerja cacat sebanyak RM350, elaun am RM200 dan elaun OKU

terlantar RM150 sebelum ini tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup semakin

meningkat," katanya.

Mohd Fauzi berkata, golongan OKU juga berharap kerajaan mempertimbangkan bantuan berbentuk

keperluan harian kepada komuniti itu, terutama bagi memanfaatkan OKU yang dalam kepompong

kemiskinan.

"Saya yang mewakili komuniti orang cacat penglihatan di negeri ini sangat bersyukur dan

berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana

mengumumkan kenaikan bantuan yang sudah lama dinantikan.

"Komuniti OKU memang memerlukan perhatian dan sokongan daripada kerajaan dan kami

bersyukur walaupun dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, kerajaan berusaha sedaya upaya

membantu kami," katanya.

Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT), Tengku Arman Harris Tengku Ismail

berkata, kenaikan elaun RM50 bagi OKU itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kebajikan

golongan berkenaan.

"Terima kasih kerajaan, terima kasih Perdana Menteri. Kami sangat bersyukur dengan

kenaikan ini.

"Diharapkan selepas ini, kerajaan dapat memberi fokus dalam memastikan golongan OKU

mendapat peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sekurang-kurangnya satu peratus,"

katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag