Langkau ke kandungan utama

Tukang cuci serah dompet berisi RM12,000 dihargai polis


MOHD Sukri (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Samona (kanan) dan Mohd Hanafiah
(tengah) di atas sumbangan dan kejujuran mereka menyerahkan sejumlah wang yang dijumpai
kepada pihak polis. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Tindakan jujur wanita pekerja pembersihan warga Indonesia menyerahkan dompet

ditemuinya berisi mata wang asing bernilai lebih RM12,000, dihargai polis yang

memberikannya sijil penghargaan, hari ini.

Samona Marhama, 33, menemui dompet dipercayai milik pelancong asing itu pada kira-kira jam

5.30 petang pada 9 Oktober lalu ketika sedang membersihkan bilik persalinan bayi di

tingkat tiga pusat beli-belah Berjaya Times Square, di sini.

Wanita dari Madura, Jawa Timur itu, berkata tidak terlintas dalam fikirannya untuk membuka

dompet berkenaan kerana bukan miliknya, lalu segera diserahkan kepada penyelia.

"Saya tidak tahu langsung apa isi dalam dompet itu. Penyelia kemudian serahkan dompet

kepada ketua keselamatan pusat beli-belah sebelum diserahkan pula kepada polis," katanya.

Samona ditemui pemberita selepas menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah

Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman di lobi Berjaya Times Square.

Yang turut menerima sijil sama adalah penyelia Samona, Mualimah Seniran dan Ketua

Keselamatan Berjaya Times Square, Mohd Hanafiah Mohd Shah.

Sementara itu, Mohd Sukri berkata, polis yang memeriksa dompet berkenaan menemui wang

tunai AS$3,000 (RM12,666) dan Pound Syria 3,560 (RM74.77) selain sekeping gambar

dipercayai milik pemilik dompet.

"Apa yang hendak ditekankan di sini adalah sifat jujur pekerja pembersihan yang tidak

mengambil walau sesen pun wang dalam dompet berkenaan, tetapi menyerahkannya kepada polis.

"Setakat ini, belum ada individu yang menuntut dompet berkenaan," katanya.

Ketua Operasi Berjaya Times Square Management Corporation, Foo Kok Keong, turut memuji

sikap pekerjanya yang amanah menjalankan tugas sambil berharap ia menjadi contoh dan

ikutan pekerja lain.

sumber : BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...