Langkau ke kandungan utama

Kebesaran Penghulu Segala Hari, 7 Kelebihan Hari Jumaat Dan Mengapa Ia Waktu Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa



Jika menginginkan sesuatu kita sering kali akan berdoa, sama ada selepas solat, dan pada

masa, juga tempat yang sesuai untuk berdoa. Ia adalah salah satu cara bagi kita untuk

meminta dengan lebih ikhlas supaya hati lebih dekat padaNya.

Dalam pada itu juga, kita sering diperkatakan akan saat-saat yang mustajab untuk berdoa,

seperti sewaktu hujan, atau di antara azan dan iqamat.

Tapi, bukan itu sahaja, bagi penghulu hari, iaitu hari Jumaat, ia merupakan salah satu

hari yang baik untuk berdoa, dan menurut perkongsian dari Bahagian Dakwah JAKIM, terdapat

beberapa kelebihan hari Jumaat, dan mengapa ianya adalah waktu paling mustajab untuk

berdoa.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.



VALET DOA PERCUMA

Tak perlu buang duit untuk bayar valet doa mahal-mahal. Bid'ah semua tu..

Hari Jumaat ni, adalah hari yang afdhal untuk berdoa.

Diantara kelebihan hari Jumaat dan waktu yang paling mustajab doa:

1. Penghulu Segala Hari

Hari Jumaat penghulu segala hari,sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi

Allah, iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil-Adha dan Hari Raya Aidil-

Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian, iaitu hari yang dijadikan Adam dan

beliau diturunkan dari Syurga ke muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam, Allah

mengurniakan satu saat doa-doa dikabulkan kecuali doa- doa maksiat dan pada hari Jumaat

juga terjadi hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

2. Menunaikan Solat Jumaat

Berwuduk, datang ke masjid, dengar khutbah Jumaat dan tidak bercakap-cakap menghapus dosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat,

lalu mendengar (khutbah) dan tidak bercakap-cakap (ketika khatib berkhutbah), dihapuskan

dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

3. Doa Makbul

Doa makbul, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba yang memohon sesuatu

kepada Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas

Asar”. (HR Abu Daud)



4. Menghapus Dosa

Solat Jumaat menghapus dosa, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan, semuanya adalah penghapus

dosa-dosa di antara kedua-duanya selama dosa-dosa besar tidak dikerjakan”. (HR Imam

Muslim)

5. Doa Makbul Di Antara Dua Khutbah

Doa makbul di antara dua khutbah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa)

kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah

melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada

kejahatan.” (HR At-Tirmizi)

6. Hari Yang Paling Baik

Jumaat hari paling baik, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu

Adam AS diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta

diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat

suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan

kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR Muslim)

7. Mandi Hari Jumaat

Mandi hari Jumaat, Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:

“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak

menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR Ibnu Majah)

Gunakan ruang waktu tu untuk submit doa kita..

Percuma pulak tu..

#salamjumaat
#BahagianDakwahJakim

- Sumber siakap Keli

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...