Langkau ke kandungan utama

Kejayaan awal MIB dilihat menerusi Bajet 2018


S SUBRAMANIAM (tengah) bersama S. K. Devamany (kanan) dan M Saravanan (kiri) dalam satu
sidang media khas bersama wartawan di Ibu Pejabat parti itu. - Foto Supian Ahmad



KUALA LUMPUR : Kejayaan dan keberhasilan terhadap pelaksanaan Pelan Induk Masyarakat India

(MIB) yang bermatlamat meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi komuniti India di negara

ini akan dapat disaksikan menerusi Bajet 2018.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata beberapa pengumuman oleh Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata memberi rangsangan positif untuk pihaknya lebih

fokus memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan dalam MIB, dicapai.

Beliau berkata, peningkatan kuota sebanyak tujuh peratus dari segi pembabitan masyarakat

India dalam perkhidmatan awam dan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UM), boleh

dianggap satu pengumuman besar.

"Inilah apa yang kami perjuangkan sejak sekian lama. Sekarang ini jumlah penjawat awam

India hanya sekitar empat hingga 4.2 peratus saja, sama juga pelajar India di UA.

"Dengan peningkatan ini, ia sudah pasti akan membuka peluang kepada masyarakat India

terutama dalam kumpulan B40 (berpendapatan rendah) mengubah taraf kehidupan mereka menjadi

lebih baik," katanya.

Katanya, majoriti masyarakat India bekerja dalam bidang perguruan dan kesihatan, dengan

penambahan peratusan itu diharap ia dapat memenuhi segenap bidang yang lain termasuk

profesional.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini. Yang turut sama

hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devawany serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan,

Datuk M Saravanan.

Subramaniam berkata, menerusi Bajet 2018, turut memfokuskan galakan supaya komuniti India

terbabit dalam bidang keusahawanan selain menambah baik infrastruktur pendidikan di

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, menerusi peruntukan sebanyak RM50 juta.

"Semua tumpuan ini kita telah tetapkan dalam MIB yang sekarang ini pelaksanaanya sudah pun

bermula. Boleh saya katakan Bajet 2018 adalah permulaan kepada melakar kejayaan dalam MIB.

"Selepas ini MIC akan mengenalpasti kreteria mereka layak menerima pelbagai bantuan dan

insentif diberikan kerajaan dalam Bajet 2018 menerusi senarai penerima BR1M (Bantuan

Rakyat 1Malayaia) serta e-kasih," katanya.

Beliau berkata, Bajet 2018 bukan saja bersifat menyeluruh dengan semua peringkat merasai

nikmatnya, malah berupaya meningkatkan ekonomi domestik menerusi insentif pengurangan

cukai.

Ditanya sama ada Bajet 2018 satu belanjawan pilihan raya untuk memancing undi masyarakat

India, Subramaniam berkata sememangnya tumpuan terhadap komuniti itu tetap diberi

perhatian serius kerajaan dalam setiap belanjawan dibentangkan.

"Bajet ini mesra masyarakat India dan banyak yang kami perolehi. Menjadi keutamaan kepada

kami untuk memastikan sosioekonomi masyarakat India meningkat," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...