Langkau ke kandungan utama

Bapa Durjana Cabul Dan Rogol Anak Sendiri Dipenjara 81 Tahun Dan Lapan Sebatan




Seorang bapa berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara 81 tahun dan lapan sebatan oleh

Mahkamah Seksyen atas lima tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii, sumbang mahram serta

mencabul kehormatan anak perempuannya sejak enam tahun lalu.

Hakim Zahilah Mohammad Yusoff membuat keputusan itu selepas tertuduh yang bekerja sebagai

kelindan lori itu mengaku bersalah bagi kelima-lima pertuduhan sejurus ia dibacakan

jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran didakwa melakukan

persetubuhan yang diluar tabii dengan memasukkan zakar ke dalam mulut anaknya yang ketika

itu berusia 11 tahun pada Mei 2011 di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi,

Johor sekitar pukul 4 petang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman

penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang baru bercerai pada 17 Oktober lalu, juga didakwa melakukan persetubuhan

dengan mangsa yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan undang-undang atau hukum agama

terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan mangsa (sumbang mahram) yang membawa hukuman

penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh menerima dua lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah

kepada mangsa yang juga anak keduanya dengan maksud mencabul kehormatan remaja perempuan

itu pada 5 petang, Oktober 2014 dan 12 tengah malam, Februari 2015 di FELDA Air Tawar 3,

Kota Tinggi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10

tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum tertuduh dijatuhkan hukuman, peguam Salwa Sulaiman dari Yayasan Bantuan Guaman

Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan terhadap tertuduh dengan alasan dia seorang Orang

Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran selain dan dari baru bekerja

selama dua minggu serta belum menerima gaji.

"Tertuduh sudah tidak tinggal serumah dengan mangsa dan dia mempunyai enam anak berusia

antara lima dan 18 tahun yang juga ada masih belajar," ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman berat terhadap

tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram yang juga satu perkara serius.

"Ini membabitkan isu keselamatan mangsa yang juga anak kandung tertuduh dan mohon mahkamah

mengambil kira kesan kejadian ini menyebabkan mangsa trauma selain memusnahkan masa

depannya," katanya

Dalam pada itu, mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ipar

tertuduh berusia 37 tahun yang turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul

kehormatan mangsa pada Mei 2014 di sebuah rumah di Felda Air Tawar 3, di sini.

Pekerja kontrak itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan

hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit

kesalahan.

Sumber- Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...